Thursday 26 May 2016

Gerakan Buang Lemak Paha & Betis Lebih Berkesan

Buang Lemak Paha & Betis Lebih Pantas
 
 
Paha dan betis yang besar sememangnya boleh menyebabkan wanita hilang keyakinan personaliti diri. Impaknya, gaya berpakaian juga menjadi terhad. Kedua-dua bahagian ini membesar akibat sisa lemak tubuh yang tidak diolah menjadi energi. Semakin tidak sihat diet anda, semakin banyaklah tubuh menimbunkan lemak.

Anda mahu bentuk kaki yang cantik persis super model?
Berikut langkah senaman untuk dicuba.



Langkah 1
Berdiri tegak. Bengkokkan kaki kiri ke belakang. Sentuh hujung jari kanan di belakang buku lali. Tahan seketika. Ulang langkah yang sama beberapa kali kemudian tukar dengan kaki sebelah kanan pula.



Langkah 2
Berdiri tegak. Tangan kanan dicekak ke bahagian pinggang sebelah kanan. Kaki kiri pula dibengkokkan ke paras perut dengan tangan kiri di atas lutut kiri. Tahan seketika. Ulang langkah yang sama kemudian tukar dengan kaki sebelah kanan.



Langkah 3
Senaman ini lebih dikenali sebagai squat. Bengkokkan kedua-dua kaki seperti posisi duduk di atas kerusi. Kedua-dua tangan dibengkokkan ke atas. Tahan selama mana yang anda mampu. Ulang langkah ini mengikut keupayaan diri anda.



Langkah 4
Berdiri tegak. Bengkokkan kaki kiri ke paras 90 darjah. Kedudukan tangan kiri dihayunkan ke belakang manakala tangan kanan dibengkokkan. Tahan seketika dan ulang langkah yang sama. Tukar dengan kaki kiri pula dengan kedudukan tangan kanan dihayunkan ke belakang manakala tangan kiri dibengkokkan.



Langkah 5
Bengkokkan tubuh. Lunjurkan kaki kanan ke sisi kanan manakala kaki kiri dibengkokkan sebagi pengampu tubuh. Tangan kiri dicekak ke pinggang sebelah kiri manakala tangan kanan diluruskan ke hadapan tubuh. Ulang langkah yang sama untuk kaki sebelah kiri pula.

Ekstra Tip:

Diet Agar Kaki Menawan:

1. Makan sedikit demi sedikit. Makan lebih kerap tetapi dalam jumlah yang sedikit. Ia bagi memastikan metabolisme tubuh sentiasa maksimum. Apabila metabolisme tinggi, proses pembakaran lemak berjalan dengan lebih lancar.

2. Minum air putih dan elakkan minuman air manis. Sebolehnya cuba minum tiga liter air dalam sehari.

3. Lebihkan hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran. Pengambilan jumlah fiber yang cukup akan membantu mengurangkan penyimpanan lemak dalam tubuh.

4. Pilih lemak baik untuk dimakan. Ambil lemak yang mengandungi omega 3. Ingat! Kita perlukan lemak untuk membakar lemak.

5. Lebihkan pengambilan protein dan kurangkan pengambilan karbohidrat. Ketika makan, lebihkan pengambilan ayam dan ikan sebagai sumber protein.


semoga bermanfaat..

0 Comments:

Post a Comment

Terima Kasih atas komen anda.