Saturday 2 May 2020

Kepentingan Asid Folic. Perlu kah?

Asid folik

Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.


Kenapa Penting nya Asid Folic? 

Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

Spina bifida bermaksud "sumbing tulang belakang". Ia berlaku apabila tiub neural tidak berkembang dengan betul menyebabkan saraf tunjang tidak tertutup sepenuhnya dan terdapat jarakan (gap) di antara vertebra. Saraf tunjang dan saraf-saraf juga tidak berkembang dengan sempurna.

Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Oleh itu, sangat Penting Pengambilan Asid folik di awal Kehamilan kerana pada waktu itu otak dan juga sistem saraf bayi terbentuk serta berkembang dengan pesat. 

Jumlah Asid folik yang diperlukan

Jumlah yang diperlukan ialah sebanyak 400mcg sehari serta mengambil makanan yang kaya dengan folat.

Antara makanan yang mengandungi 100-200mcg kandungan folat bagi setiap hidangan

1.bayam, 1 cawan;
2.kacang bendi, setengah cawan;
3.asparagus, setengah cawan;
4.lentil, setengah cawan;
5.hati, 1 keping;
6.11 batang taugeh brussels;
7.kacang mata hitam, 4 sudu makan;
8.emping bran, 7 sudu makan;
9.germa gandum, 25g / 1 aun;
10.betik sederhana besar.

Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
1.brokoli kukus, 2 pucuk;
2.buah oren saiz besar;
3.nasi putih, setengah cawan;
4.oat, setengah cawan;
5.kacang merah, setengah cawan;
6.jagung saiz besar, 1;
7.biji bunga matahari, 1 aun.

Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit. Ingatlah bahawa asid folik dalam makanan akan musnah jika terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan sedikit air sahaja. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur sebentar atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro ataupun mentah.

Kredit info disini

Semoga bermanfaat. Nak paling mudah ambil la suplemen tambahan untuk cukup kan nutrisi vitamin B serta Asid Folik Di dalam B Complex Shaklee.

Nanti Pijah share dekat next entry boleh baca Asid Folik - B Complex Shaklee

0 Comments:

Post a Comment

Terima Kasih atas komen anda.