Monday 26 October 2020

Kajian Vitamin C ke atas Pesakit Covid-19

Penyakit Covid-19 yang tengah hangat sekarang masih belum ada apa apa vaksin dan juga ubat untuk menyembuhkan penyakit ini.

Sebagai langkah berjaga jaga dalam usaha menghindarkan diri dan keluarga dari wabak ini ialah dengan menjaga diri sendiri.


Semalam dalam group besar, ada yang share satu artikel dalam bentuk pdf dari pihak KKM. Artikel tersebut ialah mengenai kajian pengambilan Vitamin Cke atas Pesakit Covid-19 dalam usaha mengurangkan tempoh Pesakit berada di hospital sekaligus dengan bantuan Vitamin C Pesakit berpeluang sembuh dengan lebih cepat.

Berdasarkan kajian tersebut, dalam 14% pesakit ada mengalami masalah Acute Lung Injury dan Acute Respiratory Distress Syndrome. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh Cytokine Storm yang menyebabkan oxidative stress yang teruk dan akhirnya menyebabkan kerosakan pada tisu-tisu dibahagian paru-paru mereka. Ia antara kesan serangan wabak Covid-19.

Berdasarkan artikel tersebut, ujian telah dibuat ke atas dua kumpulan yang umur berbeza. Kedua pesakit juga ada dijangkiti Covid-19. Kedua-duanya telah diberikan ubat-ubatan yang biasa digunakan bari merawat pesakit Covid-19. 


Tapi yang menariknya, satu kumpulan diberikan rawatan tambahan menggunakan Vitamin C 100% dan satu lagi kumpulan hanya bergantung ubat-ubatan lain. 

Hasil daripada kajian tersebut, kumpulan yang mengambil Vitamin C itu tadi;
  • dapat keluar lebih awal 9 hari dari hospital sebanyak 57% keluar dengan kesihatan baik (tiada kekurangan). 
  • hanya 14 peratus kadar kematian, lebih rendah berbanding kumpulan yang tidak mengambil Vitamin C (iaitu 5 peratus lebih rendah, maksudnya kadar kematian berkurang / sedikit).
  • 5.6 hari lebih cepat berjaya bebas Extubation 
  • 7.6 hari lebih cepat bebas dari alat sokongan pernafasan berbanding kumpulah satu lagi.
Dari kajian ni kita boleh lihat perbezaan antara kumpulan yang mengambil Vitamin C dengan yang tidak mengambil Vitamin C.

Kenapa dengan Vitamin C?

Pengambilan dos tinggi Vitamin C yang bertindak sebagai antioksidan mempunyai sifat yang berkesan bertindak kepada “Oxidative Stress” dalam ikhtiar untuk mengurangkan risiko kecederaan pada paru-paru dan dalam masa sama mengelakkan organ lain gagal berfungsi. 

Oleh itu, Fizah sangat menyarankan Uols semua mengambil Vitamin C dengan meningkatkan imuniti badan kita sebagai langkah awal berjaga jaga.

  • Vitamin C sifat dia tinggi antioksidan dan ini sangat membantu mengawal radikal bebas dalam badan. 
  • Vitamin C membantu menguatkan sistem imun badan agar berfungsi dengan baik. 
  • Vitamin C juga boleh menghalang pembiakan virus dan menghancurkan sel yang telah dijangkiti. Ibaratnya vitamin C ni macam "natural killer cell".

Fizah sendiri amalkan ambil suplemen Vitamin C sejak 2015 hingga sekarang. 
Selain suplemen kita boleh juga boleh ambil Vitamin C dari buah buahan dan juga sayu sayuran yang tinggi kandungan Vitamin C.

artikel penuh mengenai kajian yang dibuat.



Semoga bermanfaat buat semua. 


#kitajagakita
#kitapastimenang

1 comment:

  1. ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000 :d
    dapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
    segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q :-*

    ReplyDelete

Terima Kasih atas komen anda.