Monday 7 December 2020

6 Cabaran Ibu Hamil

Assalamualaikum selamat petang

Alhamdulillah syukur atas nikmat KURNIAAN Allah. 

Tahniah buat ibu yang tengah hamil sekarang ni. Hamil pun salah satu anugerah terbesar yang diharapkan oleh setiap pasangan berkahwin. 

Ada yang berpeluang, dan ada yang Tak berpeluang untuk merasai kehamilan. Tapi Jangan mudah berputus asa yer, rezeki dan jaminan anak Allah dah tetap kan. 

Terus kan berusaha in Sha Allah pasti ada hasil nya.  Aamiin. 

Sebaik saja disahkan hamil, kita pasti teruja kan dan mesti Nakkan yang terbaik untuk kehamilan kita.

Joms tengok bawah sini Fizah nak share 6 Cabaran Ibu Ketika Hamil


Cabaran 1 : Kekejangan Kaki

Biasanya berlaku pada waktu malam dan pada lewat kehamilan. Ia boleh disebabkan oleh berat berlebihan yang anda tampung, kekurangan nutrisi, terlalu aktif atau tidak cukup aktif.

Tips nak kurangkan kekejangan kaki:
-Alaskan kaki dengan bantal
-Buat regangan, gerakkan pergelangan kaki dan jari kaki anda
-Kekal hidrasi
-Pastikan pengambilan kalsium dan magnesium yang mencukupi


Cabaran 2 : Berat Badan Berlebihan

Berat badan berlebihan boleh menyumbang kan ibu hamil kepada masalah kesihatan seperti kencing manis. 

Setiap minggu ikut carta berat ibu hamil mesti meningkat 500gm setiap minggu. 
Kalau dah berlebihan 1kg ke 2 kg setiap minggu pasti nurse akan marah sebab berat badan naik mendadak.

Tips untuk kurangkan rasa "craving" atau mengunyah :
  • Makan hidangan kecil dan kerap
  • Pilih makanan ringan yang sihat seperti protein dan buah
  • Anda hanya perlukan tambahan 300 kalori sehari sahaja.

Cabaran 3 : Keguguran Rambut

Sesetengah wanita mengalami keguguran rambut akibat perubahan hormon atau nutrisi yang tidak seimbang

Tips nak kurangkan rambut gugur :
-Gunakan syampu dan perapi rambut yang lembut.
-Urutkan kulit kepala anda untuk merangsang peredaran darah.
-Amalkan pemakanan sihat dan ambil vitamin pranatal anda seperti protein, zat besi, biotin, vitamin B dan Vitamin C

Nutrisi pranatal boleh memberikan perlindungan untuk folikel rambut anda dan menggalakkan pertumbuhan rambut.

Cabaran 4 : Perubahan Emosi

Perubahan emosi boleh disebabkan oleh peningkatan hormin, tekanan dan keletihan. Ingat, kesihatan mental adalah sama pentingnya dengan kesihatan fizikal anda semasa hamil.

Tips :
-Dapatkan tidur yang mencukupi.
-Luangkan masa dengan pasangan anda.
-Cuba senaman yoga untuk ibu hamil.
-Ambil makanan berkhasiat dengan GI rendah.
-Ambil vitamin pranatal anda seperti vitamin B, zat besi dan asid lemak.

Cabaran 5 : Jisim Tulang Berkurangan


Semasa hamil, bayi dalam kandungan anda perlukan kalsium yang mencukupi untuk perkembangan rangka tulang terutamanya pada 3 bulan yang terakhir. Jika anda tidak mendapatkan kalsium yang mencukupi, bayi anda akan menyerap apa yang diperlukannya dari tulang anda.

Tips nak elakkan Osteoporosis :
-Amalkan gaya hidup yang sihat - Jangan merokok atau minum
-Lakukan senaman ringan.
-Dapatkan kalsium dan mineral pembina tulang

Cabaran 6 : Mabuk Hamil


Cabaran yang dialami terutamanya pada peringkat awal kehamilan dan biasanya akan berlalu pada akhir trimester pertama. Ia disebabkan oleh perubahan hormon dan boleh menjejaskan pemakanan anda.

Tips nak kurangkan mabuk hamil :
-Makan sedikit dan kerap.
-Jika muntah, ambil air yang mencukupi.
-Cuba teh pudina halia.
-Ambil vitamin pranatal anda terutamanya vitamin B6 dan magnesium untuk bantu mengurangkan mabuk hamil anda.


Untuk sebarang pertanyaan boleh whtsap Fizah yer. 
Klik je kat sini

3 comments:

  1. Izin promo ya Admin^^
    bosan tidak ada yang mau di kerjakan, mau di rumah saja suntuk,
    mau keluar tidak tahu mesti kemana, dari pada bingung
    mari bergabung dengan kami di ionqq^^com, permainan yang menarik
    ayo ditunggu apa lagi.. segera bergabung ya dengan kami...
    add Whatshapp : +85515373217 ^_~ :))

    ReplyDelete

Terima Kasih atas komen anda.