Monday, 15 February 2016

Promosi Februari Shaklee 2016

Assalamualaikum..

Sekejap jew masa berlalu kan.. dah masuk pertenghan bulan Februari..
Promosi masih lagi berlangsung yer.. ^_^


1) Vita lea for Children



2) Zinc Complex


 


3) Vivix




4) Nutriferon : BUY 6 GET 1 FREE




5) Nutrieron : BUY 2 GET 5% OFF





Bulan promosi yang sangat menarik.. rugi tak grab tau.. ^_^


Image result for shaklee independent distributor


Berminat?? Anda boleh la hubungi & whatsapp fizah yer.. :)





"KECANTIKAN & KESIHATAN ADALAH MILIK KITA BERSAMA"
NORHAFIZAH MOHAMAD
Agen SHAKLEE area PAKA, KERTIH, DUNGUN  TERENGGANU DARUL IMAN.
H/P : 014-7937312
Email : fififizah66@gmail.com
Ig       : @vitamincantik_byfififizah
Continue Reading

8 Perkara Buat Wanita Mudah Cair. Pernah Cuba?

Assalamualaikum..


 8 Perkara Buat Wanita Mudah Cair. Pernah Cuba?


 
Bahagia sebagai suami isteri perlu 'diasah', mana boleh nak harapkan rasa cinta mewangi tanpa dibelai. Baik wanita atau lelaki, anda perlu semai perasaan itu setiap hari dan tahun dengan beberapa tip ini. In shaa Allah, cinta pasangan pada anda tetap tidak berubah walau usia dan tubuh fizikal semakin berubah...
 
 
 
1. Hadiah
Menghargai isteri dengan cara menghadiahkan sesuatu tanpa disangka. Tak perlu mahal, janji ada hadiah sebagai ingatan.
 
 
2. Ucapan
Ucap I love you setiap hari. Tak kan zaman bercinta saja rajin nak sebut, dah kahwin lagi perlu sebut. Kata nak ikat hubungan bagi kemas, kenalah siram 'baja' setiap hari. 
 
 
3. Ciuman
Apa salahnya kucup dahinya setiap hari. Paling mudah, bangkit subuh tu, alang-alang nak kejut subuh bersama bolehlah cium kat dahi sikit. Gerakan paling romantik, bukan? 
 
 
 
 
 
4. Peluk
Memberi pelukan penuh kasih sayang di mana saja anda berada. Walau depan anak-anak dan ipar duai. Eh, dah sah. Biarlah... Itulah yang buat wanita makin bahagia. Nak pula lelaki datang peluk waktu masak.Confirm, sedaplah sajian anda selepas ini sebab kasih sayang turun laju dalam rezeki. Berkat!
 
 
 
5. Cinta 
Haruslah nak dicintai sampai ke hujung nyawa. Tapi anda berdua kenalah pandai tonjol rasa cinta sepenuh hati. Bukan main 'ngayat' je, mungkin anda boleh buktikan sesuatu. Haaa... macam mana tu? 
 
 
 
6. Bercuti
Membawa isteri bercuti pada hujung tahun. Ya, tak payah bawa jauh, janji keluar rumah dan bawa dia merasa tempat lain selain tengok dinding rumah. Bahagia itu kan mudah! 
 
 
7. Kena pandai pujuk dan bagi semangat
Perempuan ni kadang suka membandingkan diri tanpa sengaja. Kadang sampai bandingkan dirinya dengan zaman sebelum kahwin. Banding pula bab tubuh badan yang semakin berubah. Ok, cuba beritahu isteri yang dia tetap cantik dengan keadaannya sekarang. Sedap sikit hatinya. Lagi pun itulah semangat utama dan motivasi bagi wanita, rasa tetap anggun di mata suami walau orang lain rasa dia dah makin kembang! 
 
 
8. Tarikh istimewa
Tolonglah ingat hari istimewa seperti hari jadi, ulang tahun perkahwinan atau hari lahir anak. Wanita cukup sensitif kalau lelaki lupa bab ini. Kadang dapat ucapan pun itu dah lebih dari cukup.
Continue Reading

Sunday, 14 February 2016

8 KHASIAT DAN KEBAIKAN BUAH BELIMBING

Assalamualaikum.. selamat petang..


Hampir semua orang kenal akan buah belimbing dan makan buah belimbing. Tumbuhan yang dikatakan kemungkinan berasal dari Sri lanka atau kepulauan Asia Tenggara terutamanya Malaysia dan indonesia, terdapat dalam dua jenis iaitu belimbing manis dan belimbing sayur (belimbing buluh). Perkongsian kita pada hari ini, ialah menegenai belimbing manis atau belimbing besi (Averrhoa carambola).

Dalam bahasa inggeris buah ini disebut sebaga starfruit lantaran bentuknya yang serupa bintang apabila dihiris melintang. Rasanya yang manis dan menyegarkan dengan aroma khas yang mebangunkan selera.Belimbing besi mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Sewaktu muda buahnya berwarna hijau muda dan berubah menjadi kekuningan stelah tua. Jenis belimbing besi yang diungguli ciri-cirinya adalah bentuknya besar, warnanya menarik, seratnya halus, sangat bersari dan rasanya manis segar. Buah belimbing besi merupakan sumbervitamin C yang baik, juga zat besi dan zat kapur. sebelum ini saya ada berkongsikan kebaikan dan khasiat buah delima,  buah naga dan buah avokado. Di bawah saya senaraikan 8 khasiat dan kebaikan buah belimbing.


8 Khasiat Dan Kelebihan Buah Belimbing


Boleh dijadikan pelbagai jenis produk

Buah belimbing besi dimakan segar.Sebahagiannya diproses dan dijadikan pelbagai jenis produk seperti minuman segar serta kordial, jem , gula-gula buah, sos buah, buah kering, campuran hirisan buah di dalam sirap atau jus , halwa dan sebagainya. Buah belimbing muda boleh dijadikan jeruk.


Sumber Nutrisi yang baik

Di samping sebagai sumber nutrisi yang baik, buah belimbing besi muda juga digunakan untuk pencegahan bahkan terapi pelbagai macam penyakit, antara lain bermanfaat dalam Menurunkan tekanan darah, anti kanser, menurukan kolestrol dan membersihkan usus


kaya dengan vitamin c

Buah belimbing besi merupakan sumber vitamin C yang baik, juga zat besi dan zat kapur.Belimbing dapat digunakan sebagai anti oksida yang berfungsi mencegah penyebaran sel kanser. Belimbing Besi-Baik untuk pesakit darah tinggi - sumber Mingguan Wanita April04


Membantu menurunkan kolestrol 

Pada dinding sel belimbing terdapat pektin yang merupakan bahan pembentuk gel di dalam usus. Terbentuknya gel tersebut mempunyai pengaruh menurunkan kolestrol. Dalam hal ini pektin mengikat kolestrol dan asid hempedu dalam usus serta mendorong pengeluarannya.


Mencegah penyakit darah tinggi

Belimbing juga berfungsi sebagai ubat darah tinggi.Air perahan buah belimbing dapat mencegah tekanan darah tinggi agar selalu berada dalam keadaan yang normal. Penghidap penyakit tekanan darah tinggi boleh meminum air parutan buah belimbing setiap duahari sekali. Caranya buah belimbing yang cukup besar dan sudah setengah matang diparut halus , kemudian diperah airnya sebanyak satu gelas.Minumlah setiap pagi hari selama satu bulan.Setelah satu bulan minum air belimbing dua hari sekali. Dikatakan tekanan darah tinggi akan menjadi normal apabila seseorang itu rajin meminum air belimbing. Tapi yang harus diingat , jengan sekali-kali mencampurkan air perahan belimbing dengan gula pasir atau sirap kerana ia akan menimbulkan kesan yang sebaliknya.


Membantu menghentikan pendarahan dan mengurangkan deman panas

Di India buah belimbing yang masak digunakan untuk menghentikan pendarahan. Sementara buahnya yang telah kering digunakan untuk mengurangkan demam panas. Buah yang telah diawet pula digunakan oleh masyarakat india untuk meredakan cirit-birit dan mabuk kerana pengambilan alkohol berlebihan. 


Mengubati penyakit mata dan elok merawat masalah buah pinggang

Minyak yang diektrak dari buah dijadikan ubat mengubati penyakit mata . Di Negara Brazil pula, pesakit yang mempunyai masalah buah pinggang dan pundi kencing sering dinasihatkan agar mengambil buah belimbing. Masyarakat negara itu juga percaya bahawa buah tersebut elok untuk penderita ekzema.


Sesual untuk mengatsi masalah muntah-muntah dan sakit kepala.


Chinese materia medical ada menyatakan bahawa rebusan buah dan daun belimbing elok diminum untuk mengatasi masalah muntah-muntah. Daunnya diramas dan diletakkan di atas dahi untuk menghilangkan sakit kepala. Sementara pucuk dan daun yang dihancurkan diletakkan di atas cacar dan ringworm (kurap)



semoga bermanfaat..
Continue Reading

Beza Hadiah Untuk Kaum Lelaki & Perempuan

Assalamualaikum..


Beza Hadiah Untuk Kaum Lelaki & Perempuan



Salah beli hadiah, buah hati anda mesti tak pakai langsung. Paling tidak, disimpannya sampai berhabuk. Jadi untuk elak situasi ini berlaku, anda kena ambil tahu petua ini.


Untuk suami:

1. Suami tiada nilai kejutan, sila tanya kepada dia, apa hadiah yang dia mahu sempena hari ulang tahun kelahirannya. Dia suka hadiah yang dia perlukan pada masa itu.

2. Jangan beli barangan yang dia tidak perlu atau tidak pernah guna. Nanti dia simpan sampai ke tua. Contoh. dia tidak pernah pakai minyak wangi. Jangan beli minyak wangi kerana tiada nilai baginya.

3. Jika mahu buat kejutan juga. Sila perhatikan asesori yang dia sedang pakai dan gantikan asesori itu dengan yang baru yang sama warna dan bentuk serta jenama yang terkenal daripada yang sedang dia pakai. Contoh beg duitnya yang kelihatan lusuh. Belikan yang baru yang sama warna tetapi lebih berkualiti. Pasti dia "terkejut beruk" menerimanya.



Untuk isteri:

1. Jika isteri bekerja di pejabat yang tidak berunifom. Sila hadiahkan banyak-banyak baju untuk dia pergi kerja, Sebab kebiasaan baju yang dia pakai pergi kerja seelok-eloknya 6 bulan pusingan. Dia malu kalau terpaksa ulang pakai baju itu dalam bulan yang sama.

2. Bila berpisah daripadanya lebih 3 hari, sila belikan hadiah kepadanya apa saja yang anda teringat. Walau semurah sebatang pen atau seketul "magnet cenderamata peti sejuk". Nilainya ialah membuktikan anda ingat kepadanya.

3. Buat kejutan dengan memberi barangan unik asesori dan hiasan dalaman rumah yang diminati kaum hawa (barangan itu boleh tengok dalam majalah-majalah wanita) sekali sekala (sebulan sekali) kemudian bila dia tanya, " Hadiah ni untuk apa?". Katakan, " Saja je, sebab I Love you".

4. Yang paling POWER sekali ialah beri dia duit sama ada dia minta atau tidak.

Sumber: Pak Utih
Continue Reading