Wednesday, 28 October 2020

Patah Tulang Selangka Bercantum dengan Set Shaklee Kanak kanak

Patah Tulang Selangka Bercantum dengan Set Shaklee Kanak kanak

Patah Tulang Selangka 😱😱


Dulu duk dengar orang lain je bab patah patah tulang ni.

Sekali kena kat anak sendiri, AllahuAkhbar. Tak terkata wehy. 😫

Ni la biasa dengar kan orang tua tua cakap, dan nak kena sekelip mata je. Allahu.

Ni alkisah anak lelaki Fizah, Aqeef 1 tahun 6 bulan time kena tu. Dia jatuh dari kereta time ciksu nya bukak pintu kereta secara Tak sengaja, Tak Perasan Adik duk tenggek kat pintu.

Buka je kereta terus jatuh, tapi time tu jatuh sebelah badan dan nampak la dia tahan tangan. Menangis la Adik time kena tu. Yela, sakit kan. Budak budak kan sakit Sekejap je pastu bila rasa lega Hilang sakit.

Esokkan tu main macam biasa, petang baru Perasan time bukak baju nak Mandikan Adik. Bahu dia bengkak, Ingat kan salah urat ke apa.

Sebabkan dah lewat, Esokkan hari nya plak bawak pi mengurut. Bila tukang urut rasa, dia cakap Bukan salah urat sendi ke apa tapi tulang patah ni. (Allahu dalam hati, Allah je tahu camne perasaan Ummi time tu😢)

Tukang urut rasa Slow2 je dekat part tu, buat air tawar sekali. Lepas pada tu nampak makin surut dah bengkaknya.

Keesokan hari pulak la Ummi bawak pi klinik, pergi xray memang tulang patah. Patah plak macam serong gitu.

Sebab kan budak2 memang Takde pape ubat, xde kena buat apa just biar dia sembuh sendiri.

Doc Mintak pakai kan anduh, pergi la kat kecemasan dia ajar camne pakai. Pakai nya xdan seminit dia punya meronta menangis macam sakit2. Kesnya xmo pakai anduh, takmo kena ikat dileher tu. 😂

Balik klinik, Ummi pi la farmasi cari anduh kartun2 lawa tu. Tapi xmo jugak pakai. Nampak je terus nangis. Alih2 kakak Humaira ambil buat letak mainan dia kat dalam. 🤣🤣

Hari kejadian kena tu petang 16/9/2019, xray 18/9/2019.

Kena follow up balik xray sebulan lepas tu 24/10/2019. 

Follow appointment dengan pakar tulang, pergi xray semua.
Dalam masa sama Ummi cuba bertenang, rilex, n orang pun nampak Ummi selamber je. Tp dalam hati risau tu memang ada. 

Dapat je result sebelum pass kat doctor, Ummi bukak dulu tengok. Alhamdulillah Syukur tak terkata bila tengok tulang dah cantum Comel. Hilang terus rasa risau tadi. Tunggu pulak turn jumpa doc.

Dapat turn jumpa doc, tak sampai 5 minit pun. Syukur, gembira tak terkata. Kata doc memang bercantum molek, Comel sangat dah ni dalam masa sebulan. Doc tengok puas hati sangat2, terus je kes ni dikira discaj. Dah takyah kena follow up lagi pasni. Syukur Alhamdulillah.

Adik pun sepanjang sebulan tu main macam biasa, aktif tetap aktif malah terlebih aktif. 😆

Walaupun budak kecik cepat sembuh, Takde la biar je camtu. Ikhtiar tetap ikhtiar.

Selain air tawar, Ummi bagi

Multivitamin Vitalea kids
Antara Kebaikan Vitalea Kids adalah :
1.Menyediakan 19 vitamin dan mineral lengkap yang sangat diperlukan untuk tumbesaran
yang sempurna.
2.Membekalkan kalsium untuk tulang, otak dan gigi yang kuat.
3.Meningkatkan tahap daya tahan melawan penyakit.
4.Lengkap dengan kesemua 8 jenis vitamin B, untuk fungsi tubuh yang sihat.
5.Menyediakan 150% nilai harian vitamin D, bagi membantu penyerapan kalsium secara
optimum 
6.Mengandungi 100% nilai harian vitamin c yang diperlukan.
7.Multivitamin yang kaya dengan antioksidan untuk kulit yang sihat dan cantik.
8.Rasa anggur yang sedap dan sangat disukai kanak kanak. 
9.Sesuai untuk anak anak yang dah mula pandai kunyah dan telan.


Susu mealshake
Antara Kebaikan Mealshake adalah :
1.Mengandungi sumber protein dengan 19 vitamin dan mineral tambahan semulajadi. 2. mengandungi 9 asid amino yang diperlukan oleh tubuh yang baik untuk pertumbuhan dan perlindungan yang baik.
3.Sumber kalsium yang tinggi serta kaya dengan fiber dan protein.

Ostematrix (hak ni Ummi la yang telan, up lagi dos sepanjang tu) Ambil dalam 4-6 biji.

Antara Kebaikan OSTEMATRIX adalah :-

1. Membantu membekalkan kalsium yang diperlukan oleh tulang.
2. Membantu menghalang osteoporosis. 
3. Membantu mempercepatkan proses pemulihan tulang yang patah dan retak.
4. Membantu melegakan masalah kebas dan sakit dibahagian bermasalah.
5. Membantu mengimbangi tekanan darah dan bertindak sebagai penenang saraf.
6. Membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifokasi berjalan dengan lancar.

Adik ni still susu badan, malam lagi kuat dia menyusu. Siang campur jugak susu botol. Time tula campur susu formula dengan mealshake. Kalau dia xmo susu botol, Ummi campur jugak mealshake tu dalam air minum ke, makanan dia ke. Macam2 la Janji hari2 memang kena pastikan bagi jugak. 😁

Dalam doa harian, setiap sujud terakhir Tak putus2 berdoa moga Allah kabulkan doa supaya tulang Adik cepat bercantum dan kembali bentuk asal.

Kita minta pada Tuhan yg Maha Membentuk, yang dapat kembali kan bentuk tulang pada asal dengan izin Dia jua.

Tiap kali pas solat, zikir sebut Allah Al Mushawwir (Allah Maha pembentuk).

Kuasa Allah, dengan izin Allah juga. Alhamdulillah, Allah bagi ujian mengikut kemampuan hambaNya.

Dalam ujian tu ada juga peringatan. Beringat selalu dalam apa jua keadaan.

Terima Kasih ya Allah. Syukur Alhamdulillah.

#SuplemenShaklee
#kedaivitaminpakakerteh
#myherostories

Continue Reading

Tuesday, 27 October 2020

4 Langkah Berjaga jaga Kurang kan Risiko ketika Covid-19

Selain nemastikan badan cukup nutrisi untuk tingkatkan imuniti badan agar tidak mudah dijangkiti virus kita juga hendak lah menjaga kebersihan diri dan keluarga.

4 Langkah Berjaga jaga Kurang kan Risiko Jangkitan Covid-19 

Langkah Pertama :Tutup mulut dan hidung menggunakan Tisu apabila batuk dan bersin. Buang tisu yang telah digunakan kedalam tong sampah

Langkah kedua : Kerap cuci tangan menggunakan air dan sabun atau Bahan pencuci tangan (hand sanitizer)

Langkah Ketiga : Pakai penutup mulut dan hidung jika bergejala

 Langkah keempat : Pastikan anda menjaga kebersihan diri dan keluarga sepanjang masa.


Elakkan juga dari 3S

Amalkan Norma baru dengan mengelakkan 3S

1. Elak dari berada di tempat yang sesak
2. Elak dari berada di tempat yang sempit
3. Elak dari sembang dekat, amalkan kurang kurang 1 meter jarak antara individu. 


Semoga dengan mengamalkan langkah berjaga jaga ketika Covid-19 dan Elakkan 3s mampu mengurangkan kita dari berisiko dijangkiti individu yang bergejala. 

Semoga bermanfaat Sama sama kita me jaya kan nya. 

Continue Reading

Monday, 26 October 2020

Kajian Vitamin C ke atas Pesakit Covid-19

Penyakit Covid-19 yang tengah hangat sekarang masih belum ada apa apa vaksin dan juga ubat untuk menyembuhkan penyakit ini.

Sebagai langkah berjaga jaga dalam usaha menghindarkan diri dan keluarga dari wabak ini ialah dengan menjaga diri sendiri.


Semalam dalam group besar, ada yang share satu artikel dalam bentuk pdf dari pihak KKM. Artikel tersebut ialah mengenai kajian pengambilan Vitamin Cke atas Pesakit Covid-19 dalam usaha mengurangkan tempoh Pesakit berada di hospital sekaligus dengan bantuan Vitamin C Pesakit berpeluang sembuh dengan lebih cepat.

Berdasarkan kajian tersebut, dalam 14% pesakit ada mengalami masalah Acute Lung Injury dan Acute Respiratory Distress Syndrome. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh Cytokine Storm yang menyebabkan oxidative stress yang teruk dan akhirnya menyebabkan kerosakan pada tisu-tisu dibahagian paru-paru mereka. Ia antara kesan serangan wabak Covid-19.

Berdasarkan artikel tersebut, ujian telah dibuat ke atas dua kumpulan yang umur berbeza. Kedua pesakit juga ada dijangkiti Covid-19. Kedua-duanya telah diberikan ubat-ubatan yang biasa digunakan bari merawat pesakit Covid-19. 


Tapi yang menariknya, satu kumpulan diberikan rawatan tambahan menggunakan Vitamin C 100% dan satu lagi kumpulan hanya bergantung ubat-ubatan lain. 

Hasil daripada kajian tersebut, kumpulan yang mengambil Vitamin C itu tadi;
  • dapat keluar lebih awal 9 hari dari hospital sebanyak 57% keluar dengan kesihatan baik (tiada kekurangan). 
  • hanya 14 peratus kadar kematian, lebih rendah berbanding kumpulan yang tidak mengambil Vitamin C (iaitu 5 peratus lebih rendah, maksudnya kadar kematian berkurang / sedikit).
  • 5.6 hari lebih cepat berjaya bebas Extubation 
  • 7.6 hari lebih cepat bebas dari alat sokongan pernafasan berbanding kumpulah satu lagi.
Dari kajian ni kita boleh lihat perbezaan antara kumpulan yang mengambil Vitamin C dengan yang tidak mengambil Vitamin C.

Kenapa dengan Vitamin C?

Pengambilan dos tinggi Vitamin C yang bertindak sebagai antioksidan mempunyai sifat yang berkesan bertindak kepada “Oxidative Stress” dalam ikhtiar untuk mengurangkan risiko kecederaan pada paru-paru dan dalam masa sama mengelakkan organ lain gagal berfungsi. 

Oleh itu, Fizah sangat menyarankan Uols semua mengambil Vitamin C dengan meningkatkan imuniti badan kita sebagai langkah awal berjaga jaga.

  • Vitamin C sifat dia tinggi antioksidan dan ini sangat membantu mengawal radikal bebas dalam badan. 
  • Vitamin C membantu menguatkan sistem imun badan agar berfungsi dengan baik. 
  • Vitamin C juga boleh menghalang pembiakan virus dan menghancurkan sel yang telah dijangkiti. Ibaratnya vitamin C ni macam "natural killer cell".

Fizah sendiri amalkan ambil suplemen Vitamin C sejak 2015 hingga sekarang. 
Selain suplemen kita boleh juga boleh ambil Vitamin C dari buah buahan dan juga sayu sayuran yang tinggi kandungan Vitamin C.

artikel penuh mengenai kajian yang dibuat.



Semoga bermanfaat buat semua. 


#kitajagakita
#kitapastimenang
Continue Reading

Sunday, 25 October 2020

Angka Tertinggi Pesakit Covid-19 Malaysia Terkini

Assalamualaikum semalam pagi semua.
Semoga dalam rahmat Allah selalu 


Fizah nak share angka Covid-19 sehingga semalam dah mencecah 4 angka buat pertama kalinya.


Dan di Sabah terus mencatat kes tertinggi hingga sekarang dan 17 daerah berada di zon merah.

PKPB di Negeri Sabah diteruskan lagi sehingga 9 November 2020.

Orang awam dinasihatkan duduk dirumah jika tiada keperluan dan jika perlu keluar hendak lah terus patuh SOP yang di tetap kan oleh Kerajaan di mana jua kita berada dan tingkatkan imuniti badan dengan Pengambilan tambahan dengan set "immune booster". 

Keluar rumah bila perlu, Jangan lupa sentiasa basuh tangan, pakai pelitup muka dan juga memakai hand sanitizer. 

Untuk tingkatkan imuniti badan Fizah dan keluarga tingkatkan pengambilan dengan suplemen Shaklee Sustained Release Vitamin C, anak anak fizah bagi omega guard. 

Kita ikhtiar dan bertawakal pada Allah. Moga dalam rahmat dan lindungan Allah semua. Aamiin 
Continue Reading

Tuesday, 20 October 2020

5 Cara Mudah Semak Produk Yang Telah Mendapat Kelulusan KKM.

Saban hari, Saban tahun makin banyak produk kecantikan dan kesihatan yang di keluar kan.

Bermacam nama dan juga Bermacam jenis produk dihasil kan. Tapi adakah produk tersebut telah mendapat Kelulusan KKM?

Sebagai Pengguna yang bijak, sebelum me beli sesuatu produk tu kita mesti tanya dulu adakah produk tersebut sudah mendapat Kelulusan KKM atau tidak. 

Atau pun nak mudah lagi kita sendiri pun boleh cek direct di website KKM. 
Macam mana nak cek?

Kat sini Fizah nak share 5 Cara Mudah Semak Produk Yang Telah Mendapat Kelulusan KKM.


#CARA PERTAMA
Boleh terus ke website NPRA WWW.NPRA.GOV.MY singkatan kepada National Pharmaceutical Regulatory Agency) 

#CARA KEDUA
Cari 'Products Search/Carian Produk"

#CARA KETIGA
Pilih Category. 
Untuk menyemak produk suplemen boleh pilih "pharmaceutical"
Mana kala untuk menyemak produk skincare boleh pilih "cosmetic"

#CARA KEEMPAT
Boleh pilih klikut kesesuaian dengan pilih butang "search by"


Kat sini boleh pilih melalui :

Product Name
Notification Number
Holder Name
Manufacturer Name
Importer
Active Ingredient

Macam Fizah sendiri lagi prefer pilih by nama produk tu sendiri. Senang kan sebab kita dah tahu nama satu satu produk yang kita nak beli tu. 

Macam carian kat sini. Fizah pilih produk suplemen daripada brand" Shaklee "

#LANGKAH KELIMA
Tekan "search", dan akan keluar list semua produk daripada brand 'Shaklee' yang kita cari tadi.

Inilah carian ke semua produk suplemen brand Shaklee yang telah didaftarkan.

senarai produk suplemen Shaklee yang telah didaftar kan


Jadi jika carian kita ada di ruang an atas bermakna produk tu telah pun mendapat Kelulusan KKM. Jika tiada, uols boleh tanya direct pada seller produk yang Uols nak beli tu atau pun beralih sahaja ke produk lain. 

Ingat yer uol, pilihan semua di tangan kita sebaiknya sebelum membeli apa apa produk kesihatan dan juga kecantikan kita mestilah menyemak dulu Kelulusan KKM produk tersebut untuk pastikan produk yang kita ambil tuu Selamat dan bebas dari Bahan kimia.

Jadi la pembeli yang bijak dan berilmu. Joms sharekan posting ni pada Kawan kawan supaya lebih ramai yang mendapat manfaatnya. 

Continue Reading