Wednesday, 22 April 2020

Promosi Jom Shaklee 2020

Promosi Jom Shaklee 2020 - Harga Murah Khas Untuk Ahli Baru

Promosi Jom Shaklee 2020

Shaklee menawarkan 4 set promosi istimewa untuk anda yang ingin menjadi ahli baru Shaklee. Semuanya akan mendapat FREE Membership dan ditawarkan dengan harga jimat 10% dari harga ahli sedia ada!

Boleh pilih sama ada anda mahu Prenatal Set/Postnatal Set/ Twin Pack Vivix / Youth Starter Pack / Daily Essential Set. Teruskan membaca untuk penerangan lebih lanjut.

4 pilihan set Jom Shaklee adalah seperti berikut:

#1 Promosi Jom Shaklee : Prenatal Set

Prenatal Set FREE Membership Shaklee

Set ini mengandungi supplement untuk menyokong kesihatan ibu dan anak dalam kandungan sepanjang proses kehamilan.

6 jenis supplement dalam Set Hamil Shaklee
  • B-Complex
  • ESP
  • Omega Guard
  • Vitalea-Iron Plus
  • Sustained Release Vita C Plus
  • OsteMatrix

Set hamil Shaklee ini sesuai untuk;

  • Wanita yang belum hamil
  • Wanita yang merancang untuk hamil
  • Wanita yang telah disahkan hamil
  • Wanita yang sedang hamil

Kelebihan set ini:
  • Penjimatan dari Harga Nomal dan harga ahli
  • FREE Membership (jimat RM 35)
  • FREE Postage (jimat RM 10)


#2 Promosi Jom Shaklee : Postnatal Set


Postnatal Set FREE Membership Shaklee

7 Jenis Suplemen dalam Set Berpantang Shaklee

  • B-Complex
  • ESP
  • Omega Guard
  • Vitalea-Iron Plus
  • Sustained Release Vita C Plus
  • OsteMatrix
  • Alfalfa Complex

Kelebihan set ini:

  • Penjimatan dari Harga Nomal dan harga ahli
  • FREE Membership (jimat RM 35)
  • FREE Postage (jimat RM 10)

#3 Promosi Shaklee Welcome Set: YOUTH

YOUTH Starter Set FREE Membership Shaklee


Kalau anda baru nak cuba YOUTH Skincare, ini adalah masa yang sesuai!


Biasanya harga set ini ialah RM 680 untuk ahli / RM 850 untuk bukan ahli Shaklee, tetapi istimewa untuk anda, ianya cuma RM 612 all in!

Ada 4 produk di dalam set ini:

  • YOUTH Luminous Gel Oil Cleanser
  • YOUTH Perfecting Skin Toner
  • Age Defense Moisturizer SPF 50
  • Advanced Renewal Night Cream (Light)

Kelebihan yang anda dapat dengan YOUTH Welcome Set ini ialah:

  • Diskaun 15-20% dari harga runcit (jimat RM 170)
  • Diskaun 10% dari harga ahli biasa (jimat RM 68)
  • Cashback RM 29
  • FREE Membership (jimat RM 65)
  • FREE Postage (jimat RM 10)
  • FREE Discover Beauty Within Paper Bag yang ekslusif
  • Jumlah penjimatan semuanya lebih RM 340!

#4 Promosi Jom Shaklee: Daily Essential Set



Daily Essential Set FREE Membership Shaklee



Jika anda baru nak mencuba supplement Shaklee, atau nak mula buat business Shaklee dengan kami, kami syorkan anda grab promosi ini. Dalam set ni, anda dapat 6 Produk Best Seller Shaklee dengan harga lebih jimat dari harga ahli!


Untuk permulaan, anda boleh mencubanya sendiri. Apabila anda sudah rasai keberkesanannya, bolehlah mula berkongsi dengan ahli keluarga dan kawan-kawan pula :)

Terdapat 6 produk di dalam Welcome Set Daily Essential:

  • ESP
  • Vita C
  • Omega Guard
  • VitaLea Iron Formula (Multivitamin)
  • B Complex with Folic Acid
  • Vivix

Kelebihan yang anda dapat dengan Daily Essential Welcome Set ini ialah:
  • Diskaun 15-20% dari harga runcit (jimat RM 170)
  • Diskaun 10% dari harga ahli biasa (jimat RM 68)
  • Cashback RM 29
  • FREE Membership (jimat RM 65)
  • FREE Postage (jimat RM 10)
  • FREE Discover Beauty Within Paper Bag yang ekslusif
  • Jumlah penjimatan semuanya lebih RM 390!

Berminat dengan promosi ini? Klik Whatsapp .
Baca: 3 Cara Jadi Ahli Shaklee.



Continue Reading

3 Cara Menjadi Ahli Shaklee

3 Cara Menjadi Ahli Shaklee

3 Cara Menjadi Ahli Shaklee dan Keistimewaan Menjadi Sebahagian Dari Kami

ADA 3 PILIHAN UNTUK MENJADI AHLI SHAKLEE


Untuk jadi ahli Shaklee, ada 3 pilihan:
  1. Berbayar
  2. FREE Membership mengikut produk pilihan anda
  3. FREE Membership mengikut set terpilih (jimat 10% dari harga ahli biasa!) - Set JOM SHAKLEE HOT PROMO!

1. Berbayar


Registration fee RM 35 sahaja! (updated Mac 2020)
Anda akan dapat e-Starter Kit yang mengandungi:

  • Product Guide
  • Business Guide
  • Nutrition
  • Dr. Forrest C. Shaklee Thoughtsmanship

Nak pilih option ini? Klik di sini untuk daftar keahlian Shaklee RM 35. Kemudian beritahu kami di Whatsapp 014-7937312 (Pijah).


https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=869533



2. FREE Membership Melalui Produk Pilihan Anda


Beli mana-mana produk Shaklee pilihan anda sebanyak 100 UV (points) yang berharga sekitar RM 350 untuk mendapatkan keahlian PERCUMA.

Nak pilih option ini? Klik di sini untuk daftar keahlian Shaklee RM 35. Kemudian beritahu kami di Whatsapp 014-7937312 (Pijah).

3. FREE Membership melalui Welcome Set Shaklee HOT PROMO!


Pilihan ini menjadi pilihan ramai kerana mereka menikmati:
  • Keahlian percuma
  • Pengeposan percuma
  • Harga ahli lebih jimat 10% dari harga ahli biasa
  • Bonus Shaklee*

Boleh pilih Welcome Set Shaklee pilihan anda di sini.

Nak pilih option ini? Klik di sini untuk daftar keahlian Shaklee RM 35. Kemudian beritahu kami di Whatsapp 014-7937312 (Pijah).

KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE


1. Membeli dengan harga ahli

  • PENJIMATAN 15% hinggq 20% dari harga runcit.
  • Setiap pembelian produk ada points (UV) yang boleh ditukarkan kepada cash bonus* (minimum 150 UV sebulan - lebih kurang pembelian RM 510)

2. Sistem online yang boleh diakses 24 jam!

Login menggunakan ID anda di website www.shaklee.com.my untuk

  • Membuat belian
  • Mendaftar ahli baru di bawah anda
  • Check points (UV) semasa anda
  • Check BONUS anda

Semuanya di hujung jari!


JIKA TIDAK MAHU BERNIAGA (MAHU MAKAN SENDIRI)

1. Anda layak dapat cashback (bonus) jika melebihi 150 points (UV) sebelum 1 haribulan berikutnya. Lebih kurang RM 510 belian. Cashback (bonus) tersebut akan dimasukkan terus ke akaun bank anda!

2. Anda TIDAK wajib membuat belian setiap bulan. Tiada paksaan!


JIKA MAHU MENJANA INCOME 2-3-4-5 ANGKA DENGAN BISNES SHAKLEE

1. Anda boleh bermula bila-bila masa!

2. Sistem dropship - TANPA modal

Tak perlu melabur ribuan ringgit! Tak wajib ada stok di tangan. Apabila customer bayar pada anda, barulah anda beli di online system. Shaklee boleh poskan terus kepada customer. Sangat mudah!

3. Anda layak grab peluang 3C yang ditawarkan oleh Shaklee - CASH, CAR, dan CONVENTION!

4. Training oleh pihak Shaklee disediakan setiap minggu yang disampaikan oleh NUTRITIONIST (pakar Nutrisi) Shaklee! (Shaklee bukan calang-calang produk)

5. Ada support group di facebook, whatsapp dan juga Telegram. 


MAHU JADI SEBAHAGIAN DARI KAMI?


Ya! Saya sudah bersedia untuk jadi ahli! Ikuti langkah di bawah:

Langkah 1: Klik link ini untuk daftar ahli Shaklee
Langkah 2: Isikan details anda di ruang yang disediakan kemudian klik button hijau 'Join Now!"






Continue Reading

Tuesday, 21 April 2020

Cadangan Set Resdung Shaklee




Resdung atau Sinusitis ialah keradangan dan bengkak pada rongga sinus yang disebabkan oleh bakteria, virus, atau kulat. Rongga sinus ialah perlindungan tahap pertama (first line defense) kita dari jangkitan. Di sinilah tempat untuk keluarkan mucus dari badan.

Simptom yang biasa dialami penghidap Resdung:
  • Hidung tersumbat
  • Lelehan hingus yang berlebihan
  • Kerap bersin
  • Hingus yang berubah warna dan berbau busuk
  • Pening kepala
  • Bengkak mata
  • Gatal-gatal di hidung, mulut, dan muka





Cadangan Set Resdung Shaklee

Terdapat 3 pilihan Set Resdung Shaklee. Penerangan setiap produk di dalam set disertakan bersama di bawah.





1. Alfalfa Complex 

Terkenal sebagai Raja Tumbuhan kerana kandungannya yang sangat padat dengan vitamin, mineral, dan protin. Alfalfa dapt membantu mengurangkan alergi, keradangan, dan gatal-gatal.

Namun begitu, pesakit SLE / autoimmune / ibu hamil / G6PD / sedang mengambil ubat Warfarin / pil perancang kehamilan tidak digalakkan mengambil Alfalfa.
 
Mengandungi 330 biji. Untuk kegunaan 1-2 bulan.

2. Vita C Plus

Vitamin C bersama Bioflavonoids yang mempunyai teknologi Sustained Release dan tinggi kadar penyerapan ke dalam badan. Meningkatkan fungsi sistem imun, bantu elak jangkitan, dan mengurangkan lendir (mucus). Dipercayai sebagai antihistamin semulajadi.

Mengandungi 180 biji. Untuk kegunaan 3-6 bulan.

 3. B Complex

Mengandungi 8 jenis Vitamin B yang PERLU untuk tubuh. Membantu kesihatan saraf, mengurangkan stress, meningkatkan antibodi, membantu fungsi sistem imun.

Mengandungi 120 biji. Untuk kegunaan 4 bulan.



4. Nutriferon

Penggalak imun semulajadi yang dicipta oleh Pakar Imun dari Jepun, Dr. Yasuhiko Kojima. Terbukti secara klinikal dapat mengukuhkan sistem imun. Menstimulasikan setiap sel di dalam badan kita untuk menghasilkan interferon aslinya sendiri. Membantu melegakan keradangan dan gatal-gatal.

Mengandungi 30 sachet. Untuk kegunaan 1 bulan ke atas (bergantung kepada penggunaan).

5. Vivix

Minuman sangat tinggi antioksida yang diperbuat dari ekstrak Anggur Muskadine dan bahan botani lain. Memberi perlindungan kepada sel dari peringkat DNA, jadi ia membantu mengekalkan kesihatan mucous membrane. Meningkatkan peredaran darah dan mempercepatkan penyembuhan. Meningkatkan sistem imun, mengurangkan keradangan, mengurangkan kekerapan demam dan selesema, melindungi dari jangkitan.

Mengandungi 150 ml. Untuk kegunaan 1 bulan.


MENGAPA ANDA PERLU PILIH SET RESDUNG SHAKLEE?

1. Shaklee ialah sebuah syarikat yang OBSES tentang kualiti produknya. Shaklee memastikan mereka:

Melakukan sebanyak 350 ujian terhadap 1 jenis bahan sahaja!
Melakukan sebanyak 100,000 ujian kualiti produk setiap 1 tahun!
Melakukakan sebanyak 23,000 ujian keaslian dan keselamatan setiap 1 tahun!
Tidak memasukkan bahan-bahan bahaya. Senarainya di sini.

2. Shaklee memastikan produk mereka BERKESAN. Buktinya?

Secara SAINTIFIK dan KLINIKAL. Shaklee menerbitkan 100 Laporan Saintifik dan mempunyai Landmark Study pada tahun 2007 yang menunjukkan bahawa kesihatan di kalangan pengguna suplemen Shaklee ternyata lebih baik berbanding mereka yang mengambil satu multivitamin atau tidak mengambil suplemen langsung.

Penjelajah Bertaraf Dunia dan atlet terhebat juga merupakan pengguna tegar produk Shaklee. Baca selanjutnya di sini.

3. Shaklee bukan sahaja selamat untuk manusia, tetapi juga untuk alam sekitar. Bukankah itu sangat wow? Boleh baca selanjutnya di sini.

Boleh juga baca di sini.

4. Sudah ramai yang merasai perbezaan Set Resdung Shaklee. Boleh baca Testimoni Set Resdung Shaklee di sini.


KESIMPULANNYA?

Jika anda mencari supplement untuk anda dan keluarga, Shaklee ialah satu jenama yang sangat boleh dipercayai!

Untuk dapatkan lebih penjimatan, daftarlah sebagai ahli dan dapatkan CASHBACK juga! Klik di sini untuk cara menjadi ahli Shaklee.

Hubungi Pijah jika uols sudah membuat keputusan :)



Your Trusted Shaklee Consultant,
0147937312 (Pijah),
Kedai Vitamin Paka Kerteh
Continue Reading

Resepi Kek Gula Hangus Mudah - Kek Sarang Semut

Assalamualaikum. Hai Uols.

Selamat berPKP fasa 3. Semoga semuanya berakhir dengan baik baik saja.

Jaga diri, kesihatan, keluarga. Dan yang Utama kebersihan diri. Kerap kan mencuci tangan, mandi at least 3 kali sehari yer untuk jaga kebersihan diri.

#KitaJagaKita. Keluar bila perlu je tau. Selebihnya kalau takde keperluan baik stay at home je.

Mana mana yang bosan tak tahu nak buat apa or dah Takde idea nak buat apa.
Apa kata Uols try buat kuih ni plak. Orang tua tua biasa nya panggil kek span.

Kita hak muda mudi ni biasa dengar panggil kek sarang semut aka kek gula hangus.

Uols panggil apa yerr? Pijah paling biasa suka panggil kek sarang semut. Sebab tengok texture dalam dia bila dipotong tu ada lubang lubang gitu. Hehe

Ada se setengah orang dia takleh tengok kek texture berlubang ni, geli kata nya. Hahaha

Tapi makan serius sedap tau. Nak nak pengemar tegar tu. Juadah ni time raya pun laku. Antara kek yang simple dan mudah sangat buat nya.

Nak kukus boleh, nak bakar lagi la boleh. Dua option, boleh pilih je kaedah mana Uols nak.

Dah jommm. Kita chekidott dia punya resepi.




Resepi Kek Sarang Semut versi Pijah :

1 cwn gula
1 cwn air panas
2 sdb rata marjerin/butter

3 biji telur
1/2 cawan susu pekat manis
Sedikit Esen vanilla

1 cwn tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat 

1st step : cair kan dulu gula guna api slow tau kan xpasal hangitt plak gula tu nanti. Bila dah nampak gula mancair, hancur dan bertukar color perang boleh masukkan air panas tadi. Part ni kena hati hati yer masukkan sikit demi sikit hingga ilang bunyi letup tu.

Bila dah gula tadi sebati dalam air tu, hancur semua, tutup api dan masukkan butter. Biar kan suam2.

Part dua : whisk kan telur + susu + esen bagi telur kuning hancur dan adunan sebati.

Part 3 : ayak kan tepung + soda, masukkan dalam adunan telur tadi. Whisk sebati semua hingga hilang ketul ketul tepung.

Last step : Curah kan air karamel yang panas suam tadi ke dalam adunan tepung sambil whisk bagi sebati.

Dah siap boleh tapis dan tuang dalam loyang yang digris marjerin + tabur tepung sikit taknak bagi kek melekat. Dan kek pun mudah nak dikeluarkan nanti.

Nak mudah lagi boleh jugak guna baking paper.

Boleh la bakar guna suhu 150 atas bawah dalam 30-40 minit or hingga masak.

Nak kukus pun boleh, boleh kukus dalam 40-45 minit atau hingga masak.

Nak tahu masak ke tak, boleh cucuk dengan lidi kat tengah tengah kek. Kalau lidi yang dikeluarkan tu licin, maknanya kek dah masak la tu.

Sejuk kan dulu yer sebelum buat keluar kan kek. Nak potong terus pun boleh



Cara potong nak bagi nampak berlubang tu, kena potong dulu me manjang pastu potong pulak melintang tengah tengah.

Siap! Amacam? Senang ke idok buatnya? Hehe

Resepi ni takyah peram peram. Siap aje adunan terus bakar or kukus.

Selamat mencuba Uols.  




Continue Reading

Tuesday, 14 April 2020

Risiko dan Bahaya Resdung

Kesinambungan dari post sebelum ni berkaitan dengan Resdung, Apa itu Resdung? boleh baca disini Resdung - Apa yang dimaksudkan dengan Resdung?



Siapa yang lebih berisiko? Meh kita cekkk


Mereka Yang Berisiko

Berikut adalah individu atau mereka yang berisiko tinggi
untuk terkena Resdung.

  • Alah kepada habuk, debu dan asap
  • Elergi kepada makanan laut, pisang dll
  • Mempunyai ketumbuhan dalam hidung
  • Mempunyai dinding pemisah hidung yang bengkok
  • Mereka yang mempunyai dinding hidung yang besar

Bahaya Resdung

Setelah uols ketahui dan kenali penyakit resdung ini berserta gejala-gejala yang dihadapi yang
memungkinkan uols adalah salah seorang pengidap penyakit resdung.

Kini kita ketahui pula akan kesan-kesan serta kemudaratan jika penyakit resdung ini dibiarkan dan menjadi bertambah kronik.

Antara kesan kemudaratan yang dialami oleh mereka
yang mengidap Resdung adalah :


  • Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
  • Jangkitan otak
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan tulang muka
  • Lelah yang kian teruk
  • Berdengkur secara kronik
  • Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
  • Alahan hidung
  • Selsema biasa yang melarat

Komplikasi Resdung


Resdung yang tidak dirawat dengan sempurna boleh mengakibatkan komplikasi serius kepada kanak-kanak dan orang dewasa. 

1. Kanak-kanak

Resdung di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta.

Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk.

Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata.Pada tahap kritikal doktor akan membuat satu laluan supaya cecair dari sinus ethmoid dapat dikeluarkan dari hidung dan ia tidak bertakung lagi.

2. Dewasa

Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna.

Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia mudah tersumbat. Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti resdung, tetapi komplikasinya amat jarang berlaku.
Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40 peratus.



Tanda-tanda Awal

Antara tanda awal penyakit sinusitis ialah hidung berhingus, berbau busuk dan tersumbat. Pesakit juga mengalami sakit kepala di bahagian dahi dan pipi terutama sewaktu tunduk dan sujud. Hingus yang kuning kehijauan juga boleh terkumpul di bahagian tekak menyebabkan tekak sentiasa berkahak dan batuk. Penyakit sinusitis boleh dipastikan dengan melakukan x-ray pada rongga sinus.
Tanda-tanda penyakit resdung mengikut bahagian badan :
Rongga Dahi
- Migrain atau sakit kepala
- Kelemumur atau gatal-gatal kulit kepala
- Keguguran rambut
Rongga Mata
- Gatal mata, mata berair, bengkak atau sakit
- Penglihatan kabur
Rongga Hidung
- Selsema / bersin berpanjangan
- Hidung tersumbat / bernanah / berbau
- Kurang deria bau
- Sakit di pangkal hidung
Rongga Telinga
- Gatal dalam lubang telinga
- Telinga sakit / bernanah / berbau
- Masalah pendengaran
Rongga Pipi
- Masalah jerawat
- Kemerahan di bawah mata dan pipi
- Rasa sakit / gatal di muka
Rongga Mulut
- Gusi bengkak / berdarah / bernanah
- Gigi longgar / sakit
Dada
- Batuk
- Lelah dan berkahak
- Gatal dalam kerongkong
- Jerawat di tengkuk / dada / belakang
- Gatal-gatal badan
Usus Besar / Kecil
- Pembiakan cacing kerawit
- Buasir / berak berdarah
- Dubur bengkak
Kaki / Tangan
- Makan air di celah jari
- Kuku makan cekam

Dari sumber

Cara Mengurangkan Gejala & Komplikasi Resdung
Gejala dan komplikasi resdung ini dapat dikurangkan dengan cara berikut namun sebaik-baiknya dapatkan rawatan dan nasihat dari doktor terlebih dahulu agak ianya tidak mendatangkan implikasi sampingan atau menjadi bertambah teruk:

1. Rehat yang cukup.
2. Bernafas dalam wap panas daripada semangkuk air (boleh tambah sedikit minyak angin).
3. Makan ubat penahan sakit (panadol)
4. Ubat selesema bagi mengurangkan bengkak dalam hidung.
5. Antibiotik sekiranya penyebab adalah bakteria.

Bagi radang sinus kronik, rawatan berikut amat membantu:
1. Steroid nasal spray (dapat mengurangkan bengkak dan radang).
2. Penggunaan Antihistamin dalam jangka masa panjang.
3. Pembedahan endoscopic untuk mencuci dan melebarkan saluran sinus.


Kita juga boleh mencegah resdung. Berusahalah hindarkan diri dari perkara perkara ini :

  1. Hindari haiwan peliharaan seperti kucing
  2. Pastikan kelembapan di rumah baik, sebaiknya guna penapis udara jika berkemampuan
  3. Berhenti merokok
  4. Ambil ubat selsema sebelum berenang/ menyelam (bagi yang suka aktiviti ini)
Jika dah ada penyakit ini, jangan bimbang dan berusahalah merawatnya dengan segera sebelum ianya menjadi kronik.

Tidak salah mencuba kerana semua rawatan itu akan berhasil dan serasi maka ikhtiarlah tanpa putus.

Pijah pun salah seorang yang ada masalah ini tau. Ikhtiar Pijah untuk merawat resdung ni ialah dengan pengambilan suplemen Shaklee.

Alhamdulillah berkesan dalam kurang kan gejala resdung dan buat kan kita rasa lebih sihat. Nanti Pijah akan share dnegan uols di next entry yer. In Sha Allah, sama sama kita berusaha seterusnya bertawakal kerana segala penyakit tu pasti ada ubatnya dan ingat lah yang Allah la satu satu nya yang berkuasa. Jadi jangan lupa banyakkan juga berdoa minta kesembuhan dari Ilahi.



Continue Reading