Assalamualaikum..wbt..
Badan kita mampu buat banyak perkara.. TETAPI..
TAHU KAH ANDA?? badan kita tidak boleh menyimpan vitamin C dan tidak dibuat oleh sel-sel badan kita..
Vitamin C ini adalah vitamin yang larut dengan air. Ia mudah dibuang melalui air kencing dan juga peluh. Pengambilan yang berterusan sangat penting untuk memastikan kandungan vitamin C di dalam badan tidak rendah.
Vitamin C sangat tidak stabil, ianya mudah rosak apabila terdedah kepada stress, pencemaran, merokok, terdedah kepada udara dan lain lain.
Oleh itu, pengambilan suplmen vitamin C ini tersangat la penting untuk meningkatkan sistem imun kita..
Kekurangan Vitamin C akan menyebabkan :
- Pendarahan dalaman (haemorrhages) di mana ada tanda-tanda lebam berwarna hitam biru di bahagian badan.
- Gusi tidak kuat dan berdarah
- Kesan kepada struktur tulang menyebabkan kehilangan kalsium.
- Penambahan kadar metabolisma berlaku
Antara Golongan yang Mempunyai kandungan vitamin C yang Rendah :
- Perokok : 1 batang rokok boleh memusnahkan 25mg vitamin C. Kajian ke atas urine test perokok yang merokok lebih daripada 20 batang mendapati bahawa tiada kandungan vitamin C di dalam tubuh atau hanya sedikit sahaja.
- Pesakit kencing manis : Pesakit ini banyak kehilangan vitamin C melalui kencing yang kerap.Kajian menunjukkan mereka yang mengambil vitamin C masih lagi mangalami kandungan vitamin C yang rendah. Ini berlaku kerana kandungan gula yang tinggi menyebabkan berlakunya persaingan antara GULA & VITAMIN C. Pesakit juga mempunyai tahap kolagen yang kurang menyebabkan peroses penyembuhan luka yang terjejas. Perubahan-perubahan yang terjadi pada protein dan radikal bebas menyebabkan pesakit kencing manis lebih terdedah kepada komplikasi seperti cataracts, atheroslerosis, kerosakan saraf dan juga kerosakan buah pinggang. Dengan pengambilan vitamin C akan dapat membantu masalah di atas.
- Pesakit kanser
- Orang yang ketagih dengan alkohol
- Pesakit rheumatoid athritis.
- Ahli sukan yang melakukan aktiviti lasak : Mereka banyak kehilangan Vitamin B kompleks dan vitamin C disebabkan aktiviti-aktiviti itu. Selain itu banyak terdedah pada cuaca panas.
- Pesakit kronik seperti batuk, selsema serta jangkitan kuman.
- Pemgambilan ubat-ubatan seperti pil perancang, aspirin dan pil antibiotik.
- Pesakit yang dirawat di hospital dan baru selesai pembedahan.
VITAMIN C sangat penting kerana :

- Berfungsi sebagai penguat sistem imun badan
- sebagai anti-oksidan
- Untuk penyembuhan luka yang cepat
- Mengurangkan rasa sakit
- Mengurang alahan
- Untuk kesihatan sistem jantung
- Pengurangan stress
PENTINGKAN vitamin C ni??? pengambilan suplemen vitamin C ini adalah sangat penting untuk menyokong sistem imun badan kita dan dalam mengekal kan kelembapan kulit kita..
Berminat?? Anda boleh la hubungi & whatsapp fizah yer.. :)
"KECANTIKAN & KESIHATAN ADALAH MILIK KITA BERSAMA"
NORHAFIZAH MOHAMAD
Agen SHAKLEE area PAKA, KERTIH, DUNGUN TERENGGANU DARUL IMAN.
H/P : 014-7937312
Email : fififizah66@gmail.com
Ig : @fififizah_pearl
thanks fizah, sharing info bermanfaat..")
ReplyDeletewelcome..buat diri sendiri juga.. :)
ReplyDelete