Assalamualaikum..
Sebab tu la bila mai je mood malas, dibiarkan je kain tu menimbun.. Kalau time rajin, licin dilipatnya.. lagilah yang bekerja, tunggu hari cuti baru lipat kain.. yang tak bekerja pun, kadang tak sempat.. banyak lagi urusan rumah yang nak kena settle..TAK GITU??? ^_^
Ada yang tak suka sangat lipat kain ni, siap upah orang lagi khas untuk lipat kain..
Meh nak share cara mengatasi masalah ni..
1. Elakkan bertangguh
Anda boleh menyelesaikan masalah ini dengan masa yang singkat jika fokus dan tahu susun kerja. Sementara menunggu kain siap dibasuh, anda boleh duduk dan melipat kain yang sudah kering.
Jangan pulak sambil tunggu, sambil berehat goyang kaki je.. kalau macam ini sampai bila-bila pun kerja tak sempat nk siap.
2. Asingkan Fabrik
Seeloknya selepas angkat kain yang kering, kita terus asing kan fabrik yang tebal, nipis.. asing kan satu bakul untuk baju, satu bakul untuk seluar, satu bakul untuk pakaian kecik-kecik dan selebihnya..
Asingkan macam ni senang untuk kita lipat.. kebiasaan nya kan kita mesti lipat pakai yang besar dulu, macam baju dan seluar.. sebab kain yang besar ni ambil masa yang singkat je.
3. Sambil tengok tv
Cara ni lagi cepat kan, sambil tengok tv, tangan pun laju sambil lipat kain.. sedar tak sedar, semua dah dilipat..
4. Bagi Tugasan
Jika ada waktu terluang dengan anak anak, suami ke, anda boleh habis kan masa bersama sama dengan mengajak lipat kain bersama. Yang dah ada anak, boleh bahagikan mereka lipat pakaian mereka sendiri. Dari awal dah kena didik lipat kain.. kalau tak jenuh jugak kalau dah besar pun masih harapkan mak lagi..
Lagi mudah suami pun turut membantu, bila kita dah mencuci, suami tolong jemurkan. lagipun boleh la erat kan lagi hubungan suami isteri kan.. ^_^
5. Kemas kan baju dengan segera ke dalam almari sesudah selesai dilipat.
Kaedah ni pun satu tak nak bagi kain terbiar je dalam bakul. ada orang lepas je lipat kain, masukkan balik baju yang dilipat ke dalam bakul, betul tak?? sebolehnya dah siap semua, ambil je baju terus je simpan dalam almari.. kalau di simpan dalam bakul, confirm lepas tu kain takkan tersimpan la.. hehee
bertangguh pulak masa nk simpan kan baju..
Cara yang mudah jekan.. semua pun pasti dah praktikkan.. ^_^
..Selamat tinggal mood malas..
info SINI
saya dari dulu x reti lipat baju lengan panjang lol, seluar je reti.. klu lipat mesti ade je yg x kene XD
ReplyDeleteJom Terjah: Fesyen dan Gaya Popular Lelaki Masa kini yang Simple lagi Murah! :)
ahaha.pdhal senang jekan?lipat pun ada cra..xkena mmg nampak x kemas.. ehhe
Deleteketahuilah bahawasanya, ena tak suka lipat baju..haha
ReplyDeletehahaha..lg satu kalu x suka lipat, gantung je semua baju,,lg senang..eheh
DeleteHahaha... Kena ikut tips ni laa lps ni..
ReplyDeleteikut yer..kgn tak ikut.. :)
Deletekerja rutin seharian tu mahu xmahu kena dibuat..
ReplyDeletebtl tu sis...mls ke rjin tetap kena buat.. :)
Delete