Wednesday 16 December 2015

7 ciri-ciri orang yang berjaya.

Assalamualaikum..


Sebenar nya KUNCI kejayaan terletak di tangan kita.. terpulang sama ada kita rajin berusaha untuk ke arah itu atau sebalik nya.. kita sendiri yang tentu kan. 
SETUJU???

Meh kita share ciri-ciri orang yang berjaya:


1. Semakin Dicabar, Semakin Kuat

Maksudnya disini, apabila anda berusaha untuk memajukan diri tapi dipandang rendah oleh orang lain. Mereka sering memperkecilkan kebolehan anda. Mereka mengatakan yang anda tidak mampu untuk melakukannya. Anda jangan jadikan ini sebagai satu alasan untuk tidak berusaha. Anda harus jadikan perkara ini sebagai pembakar semangat dan penuh keyakinan dalam mencapai cita-cita anda. Anda kena buktikan pada mereka yang memandang rendah pada anda tu yang anda mampu melakukanya dan anda pasti anda boleh berjaya.




2. Sentiasa Mencari Peluang

Jika anda ingin berjaya, anda hendaklah sentiasa bijak mencari peluang yang ada. Contohnya macam ni: Anda berada di satu tempat atau negara yang semua rakyatnya berkaki ayam atau tak pakai selipar la senang cakap. Bagi anda yang negatif, mesti anda takkan nak dan takkan jual selipar dekat situ sebab bagi anda dah tentu la orang takkan beli sebab semua pon tak pakai selipar kan. Tapi, bagi orang yang positif pula, anda akan nampak ini merupakan satu peluang besar dan tak boleh diabaikan. Anda akan menjual selipar dan akan mengajar mereka cara-cara menggunakan selipar tu dan menerangkan pada mereka sebab dan pentingnya mengapa mereka perlu pakai selipar tu. Inilah yang dikatakan sentiasa mencari peluang dan sentiasa nampak peluang yang ada.




3. Sentiasa Berusaha

Dalam hal ini, anda kenalah sentiasa berusaha dan terus berusaha sehingga mencapai kejayaan yang anda inginkan. Ciri-ciri orang yang berjaya ialah tidak pernah mengenal erti puas dengan kejayaan yang mereka capai. Mereka akan berusaha lagi dan terus berusaha untuk kejayaan yang lain. Untuk berjaya anda kena ada sikap seperti ini. Tak kenal erti penat dan tidak pernah mengaku kalah. Jangan cepat menyerah bila sekali anda berusaha, dan ia tidak mendatangkan hasil tetapi teruskan usaha sehingga anda dapat apa yang anda inginkan.




4. Tidak Menyalahkan Keadaan

Dalam mengejar cita-cita atau mencapai kejayaan, kegagalan tu adalah lumrah. Anda kena ingat yang kegagalan ini adalah dugaan Tuhan kepada anda. Anda harus menerima setiap kegagalan itu dengan hati yang terbuka dan belajarlah dari kegagalan tersebut. Anda kena sentiasa berfikiran positif dalam menghadapi segala ujian dan dugaan. Berani mengaku kesalahan dan berani menghadapi kegagalan dan bangkit menghadapi segala kegagalan adalah satu sikap baik untuk anda jika anda inginkan kejayaan.




5. Sentiasa Memperbaiki Diri

Seperti yang dibincangkan diatas, jadikan kegagalan itu sebagai pembakar semangat untuk anda mencapai kejayaan. Sentiasa mengkaji kelemahan yang ada dan berusahalah untuk memperbaikinya. Jika anda gagal, renung kedalam diri anda dan tanya di mana silap anda sehingga anda tidak dapat mencapai kejayaan. Inilah satu-satunya cara untuk anda maju dan berjaya.




6. Menilai Dahulu Apa Kata Orang

Dalam anda berusaha untuk megejar cita-cita, pasti ramai yang akan berkata mengenai diri anda dan usaha anda. Itu juga hanyalah perkara biasa dan pernah dilalui oleh mereka yang dah berjaya. Tetapi janganlah anda menolak mentah-mentah setiap apa yang dikatakan oleh mereka. Anda harus meneliti setiap apa yang mereka katakan kerana mungkin ada baiknya. Kata-kata orang yang iri hati atau cemburu dengan usaha yang anda lakukan mungkin dapat membantu anda dalam memperbaiki diri dan menjadikan kata-kata mereka sebagai panduan dalam mencapai kejayaan anda.




7. Bangun Bila Jatuh

Inilah perkara yang paling penting dalam perjalanan anda untuk mengejar cita-cita. Jangan pernah kenal dengan putus asa dan jangan takut dengan kegagalan. Anda harus bangkit dari kegagalan dan tempuhinya dengan kekuatan. Simpan dalam diri anda yang anda pasti akan berjaya suatu hari nanti. Kegagalan ini adalah bukti yang anda telah berusaha untuk mencapai kejayaan. Sentiasa belajar dari kesilapan. Universiti yang tak akan pernah ada dalam dunia ni ialah "Universiti Pengalaman".



adakah kita tergolong dalam ciri-ciri di atas?? ^_^ kalau belum, mari kita berusaha untuk menjadi orang yang berjaya..
In Sha Allah..

Image result for kunci kejayaan


Info sini

4 comments:

  1. alamak qila mcm tak berjaya je ni ahahahaa thanks kak <33

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehhe.xpe yang penting usaha utk tergolong dlm ciri - ciri org berjaya ni..In Sha Allah qila pon leh berjaya.. chayok..! ^_^

      Delete
  2. tetiba rasa bersemangat...
    nice sharing!

    ReplyDelete

Terima Kasih atas komen anda.