Wednesday 16 December 2015

Rahsia dan Kelebihan Hari Rabu Dalam Islam

Hari Rabu merupakan hari ke-4 daripada 7 hari kesemuanya. Sebab itu dalam bahasa arab hari Rabu dinamakan الأربعاء bermaksud hari yang ke-empat.


Dari Anas bin Malik ra. ia berkata: "Rasulullah SAW telah ditanya tentang hari Rabu. 

Maka Baginda menjawab: Hari rabu adalah Hari Bencana yang terus-menerus. Para sahabat bertanya,” Mengapa demikian ya, Rasulullah?” Lalu Baginda menjawab: Kerana pada Hari itu Allah telah menenggelamkan (menghancurkan) Fir’aun dan kaumnya, memusnahkan kaum ’Aad dan kaum Tsamud, yakni kaum Nabi Saleh AS yang ingkar terhadap kerasulan & kenabiannya. Maka, barang siapa yang hendak sembuh dari sakit, hendaknya ia meminum ubat pada Hari Rabu.

Perkara yang berlaku pada hari Rabu:

1. Auj bin Unuq dibinasakan dengan burung Hudhud
2. Allah meneggelamkan Qarun bersama keluarga dan harta kekayaannya ke dalam perut bumi.
3. Fir'un dan kaumnya dibinasakan dengan ditenggelamkan di dalam sungai Nil
4. Namruz dibinasakan dengan nyamuk
5. Allah menghancurkan kaum nabi Saleh a.s
6. Syadad bin Aad dibinasakan dengan suara Jibrail as.
7. Allah menghancurkan kaum nabi Hud a.s dengan hembusan angin yang kuat.
8. Allah menghancurkan raja Namruz bin Kan'an dengan memasukkan serangga ke dalam telinganya


Di bawah ini pula adalah zikir hari Rabu yang boleh anda amalkan selalu:


Nota: Amalkan ketika sedang memandu kereta, menunggu bas, waktu rehat, sedang berjalan atau sebagainya.

Doa hari Rabu

DOA PAGI RABU
Ya Allah.. 
Jika hari ini ada di antara kami.. 
yang sedang sakit, 
mohon angkatlah penyakitnya ya Allah... 
Berikanlah kesembuhan untuknya.. 
Kerana hanya Engkau lah yang Maha Menyembuhkan.. 

Ya Allah.. 
Jika hari ini ada di antara kami, 
Yang kesulitan rezki, 
Mohon mudahkanlah dan bukalah jalan rezekinya ya Allah.. 
Kerana hanya Engkau Maha Pemberi Rezeki.. 
Ya Allah.. 

Jika hari ini ada di antara kami 
yang hatinya sedang susah dan bersedih, menerima dan menghadapi ujian-Mu... 
Mohon Kuatkanlah ia untuk mampu bertahan dan bersabar.. 
Dan hiburlah ia dengan penuh kurnia-Mu.. 
Kerana janji-Mu yang tak pernah Kau ingkari..
Setelah kesusahan ada kesenangan dan kemudahan. 

Ya Allah.. 
Jika hari ini ada di antara kami 
yang sedang ada benih-benih sakit hati dihatinya.. 
Sombong, iri hati, dengki dan dusta.. 
Mohon bersihkan dan sucikanlah ya Allah.. 

Ya Allah.. 
Mohon ampunilah segala dosa dan khilaf kami.. 
Pun jika sampai hari ini ada diantara kami, yg merasa disakiti dan dizalimi kerana kesalahan kami yang disengaja atau pun yang tidak disengajakan... 
Bukakanlah pintu hatinya..agar memaafkan kami.. 

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami, dosa rakan rakan kami, dosa jiran jiran kami dan dosa kaum Muslimin dan muslimat. Sesungguhnya Kau lah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani.

Demikian antara kelebihan hari Rabu dalam Islam. Semoga amalan harian kita diterima oleh Allah SWT. Buat dengan penuh ikhlas moga-moga kita mendapat ganjaran pahala dari-Nya.
Amin.. ^_^


info sini

0 Comments:

Post a Comment

Terima Kasih atas komen anda.