Wednesday 20 January 2016

Pastikan Buat 7 Perkara Ini Kalau Ibu Ayah Atau Mentua Datang Rumah

Assalamualaikum..




Sibuk bekerja macam mana pun, kalau sesekali ibu ayah atau mentua singgah ke rumah, anda kena cuba beri layanan terbaik kepada mereka. Ya, mungkin sibuk bekerja tetapi tiada alasan untu bahagiakan hati mereka dengan pelbagai cara.



Jangan panik, bawa berbincang dengan suami isteri dan uruskan secara pasukan untuk melayani mereka. Apalagi isteri yang kerja syif, on call, atau over time.



1. Ingat! apabila ibubapa atau mertua datang ke rumah kita sama ada dirancang atau mengejut, itu bermakna Allah hendak memberikan pahala kepada kita. Oleh itu hendaklah redha kedatangan mereka dan bersyukur kepadaNya.


2. Sediakan semua bahan-bahan mentah dan kering keperluan dapur yang lengkap yang boleh digunakan untuk memasak menu-menu yang biasa ibu atau mertua masak. Contoh: untuk memasak kari ikan kembung, pastinya ada 2-3 ekor ikan kembung, daun kari, serbuk kari untuk ikan, asam jawa, bawang kecil, bawang putih, halia, santan kelapa, bendir dan minyak masak.


3. Bila ibu atau mertua telah rehat, sebelum isteri pergi kerja, jemput mereka ke dapur, tunjukkan kedudukan semua bahan-bahan kering dan basah dan terangkan kepada mereka, "buatlah macam rumah ibu sendiri" , gunakanlah untuk memasak dan sebagainya.


4. Tunjukkan cara menggunakan dapur, kerana cara alat-alat mungkin tidak sama dengan di rumah ibu". Tunjukkan juga tong sampah dan cara membuang sampah.


5. Tunjukkan juga cara menggunakan TV HD yang banyak remote-remote itu. Sabarlah di atas ketidakpandaian mereka mengenai penggunaan TV HD. Jika mereka pinta Wifi, jangan lupa berikan mereka kata kuncinya.


6. Bila pulang ke rumah, ibu mertua telah tersedia makanan di atas meja, Makanlah selahap-lahapnya walaupun anda telah makan di pejabat tadi. Ini akan menambah pahala kerana ibu atau mertua terasa gembira atas masakannya. Jangan kata, Saya dah makan di pejabat tadi, kenyang".. anda biarkan makanan itu tidak disentuh hingga esoknya.


7. Sila beritahu jiran sebelah menyebelah yang ibu bapa atau mertua ada di rumah dan beritahu juga mereka siapa jiran-jiran di sebelah. Bertujuan, jika terjadi perkaran yang tidak diinginkan, mereka tahu siapa untuk dihubungi dengan segera.

semoga bermanfaat..

2 comments:

  1. bagus pesanan nie...:)
    Alhamdulillah..semuanya selalu terjadi..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah sis.. mge strusnya cmni la..biar ank anak tgkcmne kita lyn ibubapa kita..klu positif, positif la nanti bila time anak anak jaga kita plak.. ^_^

      Delete

Terima Kasih atas komen anda.