Thursday 24 September 2020

Pengalaman 4rd pregnancy - CYST & cuci keguguran kaedah MVA

4th pregnancy journey with cyst n incomplete misscarriage.

Assalamualaikum petang uols. Salam jumaat semua Warga Blogger. 

Panjang juga ni, ada ke yang sudi baca? Hehe

Nak share pengalaman Fizah kat sini, mana tahu boleh jadi kan rujukan yang berguna untuk yang memerlukan dan nak keep memori dekat sini jugak.

Alhamdulillah syukur, diberi peluang pregnant lagi untuk kali ke empat n anak nombor tiga.

Yang first awal dulu pun keguguran tapi gugur dengan sendiri nya usia kandungan baru 5w ++. Dapat tahu positif pregnant pun tak sampai satu minggu, xde rezeki gugur. 

Ke dua yang ada sekarang dah 4 tahun (girl) dan yang ke tiga dah 2 tahun 5 bulan. (boy) 
Alhamdulillah dapat sepasang. 

Untuk yang ke empat ni dah lebih dua minggu period lewat tak datang jugak, terus la fizah cek upt pada 6 July 2020 sekali cek je dah naik double line. Terkejut teruja semua ada. Hihi

Tak puas hati lagi, esok cek lagi sekali memang double line jugak.

Lagi next 2 week sebelum buka buku pink, fizah pergi la klinik swasta untuk scan awal pregnancy dalam next dua minggu lepas positif upt 21 July 2020.

Suka bila scan nampak la kandungan tu walau Kecil. Time ni kalu Ikutkan tarikh last period (21/5/2020) kandungan dah sepatutnya dah usia 8 week. Tapi dekat mesin scan doc tu kandungan baru 6week.

Yang terkejut lagi ada ovarian cyst disebelah kiri, memang terang lagi bersuluh la nampak nya. Time ni cyst ni sebesar 3.53x2.82cm.


Dekat sini dapat hint awal awal dah dari Doctor ada dua kemungkinan 
1. Tarikh period salah
2. Kandungan tak menjadi(macam terbantut la, tak membesar)

Ok, kalau yang pertama tak mungkin la salah sebab setiap kali period memang fizah akan tanda betul betul dekat kalendar n siap ada install period tracker dari awal anak first lagi dah guna. Dari awal datang hingga la habis period memang akan tanda.

Jadi pergi yang ke dua berkemungkinan kandungan tak jadi dan doctor pun dah pesan awal awal supaya tak berhararap la.
Sepatutnya kena repeat lagi dua minggu tapi disebabkan dah buat appointment dengan KK untuk buka buku pink tu keesokan hari. 
Jadi nya nanti refer klinik kesihatan jela.

22 July 2020, Alhamdulillah settle dan Selamat la buka buku pink ni. Syok nya takde masalah pape yang best Suka sangat boleh dapat sticker putih.


Kandungan dua dan tiga dulu pun sticker hijau je tau. Ehhe

Time kat kk ni nurse ada la bagitau mungkin kadang lambat period kandungan xjadi lagi sebab tu kecik dari tarikh kita tu. (Time ni rasa macam lega je) takmo fikir Bukan Bukan.

Apa apa pun dari awal memang fizah dah berserah dah. Kalau dah rezeki In Sha Allah, kalau takde rezeki sekali pun pasti ada hikmah balik semua ni.

Lepas siap buka buku,pasal cyst tu time ni dah siap order dengan upline ambil GLA Complex Shaklee ikhtiar awal untuk kecut kan size cyst ni. 

4/8/2020

Appointment jumpa dengan doctor pulak selepas buka buku pink untuk ambil darah dan juga untuk scan awal kandungan.
Time ni dup dap dup dap jugak la tapi rilex tenang kan diri dengan banyak selawat dan berzikir juga untuk tengok progress kandungan moga ada perubahan. 

Bila scan macam awal awal juga, puas doktor godek godek cari tahu. Nampak, ada tu ada tapi kecil sangat. 

Dua orang doktor time ni duk scan perut untuk buat kepastian. Hehe
So sama macam dalam gambar kat atas. 
Cyst tu pun jelas ada.
Scan klinik kesihatan kat situ cyst 3cm lebih. 

Nak kepastian lagi doktor siap buat surat untuk refer terus ke hospital besar untuk scan melalui jalan bawah. Scan jalan bawah ni lagi tepat la result dia berbanding scan kat perut.

Setengah hari suntuk la masa ni, lepas KK direct ke hospital, terus pergi bahagian kecemasan dewan bersalin. 

Sampai sana, kena soal apa semua sampai la tunggu turn untuk scan.

Hasil dia pun sama juga, kandungan duk 6week jugak sama macam awal awal scan swasta dulu. 

Kat sini Alhamdulillah past cyst tu ada rasa lega sikit sebab makin mengecut dari awal tu dah size 3x3cm lebih tepat dari scan yang KK punya. Part ni lega la sikit. 

Berbalik pada kandungan tu doktor pun bagitahu benda yang sama. 
So doktor bagi dua pilihan la untuk cuci kandungan ni kalau kandungan ni tak gugur sendiri. 

Pilihan pertama ni cuci dekat dewan bedah, kena check in awal sehari sebelum cuci. Kaedah ni dia akan bius separuh badan. Lepas cuci, kena stay lagi hospital untuk satu malam. Lepas tu baru boleh keluar. Rumitla kan buat kita yang ada anak anak Kecil ni duduk pulak jauh dari family. Pilihan ni yang Tak best nya, kalau dewan bedah tu full kena hold la untuk buat proses ni.

Pilihan ke dua cuci guna kaedah MVA, kaedah vacuum. Yang ni buat dekat bilik rawatan dekat kecemasan dewan bersalin tu je. Rawatan ni ambil masa sehari je, datang pagi, tengahari buat prosedur ni n petang boleh balik rumah terus tak perlu masuk wad. 

Bila bincang mintak pandangan doktor, memandangkan takde risiko kesihatan ke apa doktor suggest pilihan ke dua.

Ada lagi pilihan nak buat 1minggu atau lepas dua minggu. Masa ni fizah decide nak tunggu dua minggu, takut takut la dalam tempoh ni janin gugur sendiri takyah kena cuci kan. 

So Setuju, doktor siap kan temujanji siap siap dan tetap jugak bagi tarikh dua minggu akan datang incase tak gugur sendiri.

Tunggu dalam dua minggu ni, berserah bulat bulat. Ada jugak pergi rasa Perut dengan bidan. Dan bidan bagitahu, janin tu ada tapi dia tak pejal (lembik je). Jadi bidan cumanya bagitahu berserah jela kalau ada rezeki in Sha Allah pasti ada. 

18/8/2020
Tiba la hari nya serah diri jugak la sebab dari awal takde tanda tanda keluar darah ke apa.
8.30 am dah ada kat hospital. Dalam 9.15am camtu la baru kena checkup semua, kena soal selidik dulu dengan doktor pelatih. Nasib la doktor pelatih ni gegirl. Hehehe

Pastu tunggu turn untuk scan, scan lagi ikut jalan bawah. Tengok result pun sama tapi kali ni nampak mengecut dah tak sampai usia 6w.
Cyst Alhamdulillah makin mengecut dari asal dah 1x2cm. Syukur Alhamdulillah. 


Ni dah ready, doktor pelatih settle kan masa kat bilik Rawatan. 
Jam 10.15 amdoktor masuk kan ubat untuk buka jalan. Masa ni takleh bangun, takleh ke tandas. Kena baring je at least 2 jam. Nasib la sebelum tu dah ke tandas awal awal. 

Duk bosan time ni kena tunggu lama. Hehe
Hadap tirai ni jela berejam jam. 

Berbaring la atas bed tu 2 jam, ya Allah punya la rasa lama nya. Ehhe. Dengan perut pulak bergendang bernanyi bagai. Kena puasa start malam tu 12.30 sampai la ke siap proses cuci ni. 

Selamat ya lepas dua jam tu nurse datang bawak segelas air masak + ubat tahan sakit + ubat antbiotik untuk ditelan.

Lega la time ni boleh jugak minum air. Hahaha. Basah la sikit tekak ni, dari pagi rasa kering tekak. 

Lepas zohor dalam 1.40pm camtu la kot nurse datang sekali dengan doktor. Nurse dah cucuk ubat bius sekali masuk air kat tangan. Tima ubat bius masuk ya Allah, rasa mengalir laju giler dalam darah tu. Terus je rasa pening, kepala pun pusing jer duk berkhayal dah.
Time doktor pun dah ready dan tak lama terus la buat prosedur ni. 

Mata pejam n mamai waktu ni, dengar tak dengar camtu jela.
Sakit tu memang sakit, Tak tahan beraduh jugak la tak tahan. 

Tak tertengok jam berapa siap tapi rasa macam tak lama dalam setengah camtu kot. Sebab Time ni lepas je siap terus tak sedar diri dah. Hihi. 

Sedar tak sedar jam 4petang tu pun nurse kejut kan sebab kesian lama tidur kat situ. Dengan mamai celik mata, slow slow bangun capai phone call suami minta datang ambil. 
Alhamdulillah takde la rasa nak pitam ke apa, terus ke tandas basuh muka semua salin pakaian. 

Pastu tunggu doktor noted dekat buku, n doktor pun pesan kalau ada pendarahan ke apa kena terus datang hospital.
Settle je terus balik rumah. Mengantuk tu memang tak kira. Takleh tahan, sampai rumah sambung lagi tidur. Kejut bangun makan nasi sikit, minum air. Tak lama sambung lagi tidur, xleh nak buat apa. Sebab ubat bius tak habis lagi kan.

Memang ngantuk je, malam tu terus la balik rumah Mak. 
Alhamdulillah semua baik baik je, takde masalah pape. 

Takde la sakit perut ke, turun darah ke. Pantang tetap Pantang macam orang bersalin. Cuma Pantang gugur ni, takde la tungku bagai. 
Dari segi makan pun kena jaga, takleh makan yang sejuk or panas sangat.

Dah tak sabar ni tunggu habis Pantang. Biasa Pantang gugur bawah 3 bulan dalam 2 minggu lepas. Jadi minggu depan balik rumah n back to normal urusan harian.

Cumanya kena beringat ajela awal awal ni takleh buat kerja kasar kasar, takleh angkat berat. Ni pun memang elak dari dukung anak anak jugak.

Sepanjang berpantang fizah terus kan makan set pantang shaklee dari awal sebelum preggy memang dah consume, lepas tu terus ke set hamil dan ke set pantang. Tu yang best nya vitamin shaklee yang kita makan tu tak la membazir. Dari vitamin harian, hamil, Pantang ke yang sama jugak. Jimat sangatt 

Continue je ambil set pantang ni ESP, Vitalea, B complex, ostematrix, zinc plus, vitamin c, Gla complex dan add on alfalfa jugak. 

Alhamdulillah syukur, sentiasa ingat setiap musibah ke ujian pasti ada hikmahnya. 
Banyak lagi nikmat nikmat Allah yang kita kena Syukuri. 

Moga ada rezeki lagi lepas ni. Doakan Fizah yer semua. 

Terima kasih sebab sudi baca coretan Fizah sampai habis. Moga boleh dijadikan panduan atas pengalaman fizah ni. 

Fizah pun banyak jugak search dekat blog pasal keguguran, pasal kena cuci kandungan untuk persediaan dan sedikit sebanyak tambah pengetahuan.


Terima kasih Uols. 

2 comments:

Terima Kasih atas komen anda.