Monday 14 September 2020

Waktu yang Sesuai Minum Protein

Waktu yang Sesuai untuk Minum Protein | VitaminFizah


Bilakah waktu yang Sesuai Minum Protein?
Kesesuai waktu ini juga boleh dilihat pada tujuan asal kita untuk ambil protein. Apa tujuan kita ambil protein adalah untuk turun berat badan? Untuk membina otot? Atau hendak menghalang pengecutan otot?

Mari kita tengok satu persatu.

1. Menurunkan berat badan. 

Untuk turun berat badan, ramai yang akan mencari serbuk protein. Ini kerana serbuk protein mempunyai nilai kalori yang paling rendah.

Untuk tujuan penurunan berat badan, pengambilan protein yang tinggi adalah disarankan pada waktu hidangan Utama.
Kuantiti protein yang tinggi dapat bantu perut rasa kenyang lebih lama dan buatkan kita makan makanan yang ada kalori dalam kuantiti yang sangat sedikit.

2. Membina Otot
Untuk kekuatan dan membina otot, pengambilan protein yang tinggi sangat diperlukan malah kuantiti nya melebihi dari keperluan tubuh.

Untuk tujuan ini, disarankan mengambil minuman protein pada 15 minit ke satu jam selepas latihan angkat berat.
Waktu ini dinamakan waktu anabolic window dimana waktu ini otot kita bersifat seperti span yang akan mudah menyerap protein tambahan yang kita ambil.

3. Menghalang Pengecutan Otot
Jisim otot kita akan mengecut 8% sesuai dengan penuaan kita bermula umur 30 tahun dan pengecutan otot ini terjadi secara semulajadi kerana proses penuaan.

Dalam kes ini,kita memerlukan 25g hingga 30g protein dalam menu hidangan utama kita.
Dan disarankan ambil protein shake pada waktu sarapan pagi untuk kekal kan jisim otot badan kita.

Oleh itu sebelum mengambil protein, kita kena tahu dahulu tujuan kita untuk mengambil protein ni berdasar kan kemahuan dan target kita sama ada untuk penurunan berat badan, untuk membina otot atau pun untuk menghalang pengecutan otot. Dengan itu, baru la kita mudah kenal pasti waktu yang bersesuaian pengambilan protein.



Fizah Mohamad, 
Sihat dalaman terserlah diluaran. 



0 Comments:

Post a Comment

Terima Kasih atas komen anda.