Saturday, 14 November 2020

Hari Diabetes Sedunia


Kira-kira 3.9 juta (18.3%) penduduk berumur 18 tahun dan ke atas adalah penghidap Diabetes pada 2019, meningkat 13.4% berbanding 2015. 

Tanda-tanda dan gejala Diabetes
1. Dahaga keterlaluan
2. Kerap membuang air kecil
3. Perubahan berat (berlebihan atau berkurangan) 
4. Keletihan melampau atau kekurangan tenaga
5. Penglihatan kabur
6. Jangkitan yang kerap atau berulang
7. Luka dan lebam yang lambat sembuh
8. Kebas ditangan atau kaki
9. Bermasalah untuk menghasilkan atau mengekalkan ereksi. 

Ramai penghidap Diabetes tidak menunjukkan tanda.

Langkah penting dalam mencegah ialah: 
1. Menyedari faktor risiko, tanda dan gejala
2. Menjalankan ujian saringan 
3. Mendapatkan rawatan segera apabila dikesan menghidap Diabetes. 

Pencegahan
1. Makan secara sihat - #sukusukuseparuh
2. Kekal aktif 
3. Kawal berat badan
4. Berhenti merokok dan jangan ambil alkohol
5. Jalani ujian saringan kesihatan secara berkala
6. Ketahui risiko Diabetes anda. 


Selamat Hari Diabetes Sedunia. 

#WorldDiabetesDay2020

Next
This is the most recent post.
Older Post

0 Comments:

Post a comment

Terima Kasih atas komen anda.