Friday 6 November 2020

Kelebihan berselawat

Assalamualaikum Salam jumaat yang penuh berkah. Semoga kita semua dalam RAHMAT Allah swt. 

Fizah nak share sikit mengenai selawat. 




 Setiap kita dirutin kan untuk berselawat kan? 


Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengikut segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah.


Daripada SABDA Rasulullah saw

"Barang siapa yang berselawat ke atasku sekali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali dan digugurkan 10 dosanya serta ditinggikan 

baginya 10 darjat (disyurga kelak)"


MasyaAllah, begitu besar ganjaran nya. Allah nak kita berselawat untuk diri kita sendiri juga, dan kita juga yang beruntung.



Nak tak jadi sebahgian orang yang sangatttt beruntung?

Jom sama sama tingkatkan lagi amalan berselawat dijumaat yang berkah ni.

Semoga kita mendapat syafaat Baginda di akhirat kelak,

Dimakamkan dekat dengan makan baginda,

Dipercepatkan hisab kita di akhirat,

Dihapuskan segala dosa dosa kita,

Selamat dari huru hara hari Kiamat,

Jaminan masuk syurga dan mendapat syafaat Nabi,

Menjadi asbab segala doa, hajat kita dimakbulkan, 

Selawat juga ialah menggantikan sedekah bagi yang tidak mampu BERSEDEKAH.

MasyaAllah, antara kelebihan berselawat yang mana ganjaran nya sangat la besar. Allahuakhbar. Setiap suruhan dan setiap apa yang Allah nak kita turutkan itu semua adalah tiada lain lagi untuk kebaikan diri kita sendiri juga.


Semoga kita semua menjadi HAMBA Allah yang ikut segala SURUHAN Allah dan mendapat syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat nanti.


Aamiin Ya Mujib.


#fizahshare

#kelebihanberselawat

5 comments:

  1. Aameen. Banyakkan selawat, nescaya hidup kita lebih diberkati. Tq Fizah sebab share :)

    ReplyDelete
  2. ayuh sama2 kita jadikan amalan.. semoga kita beruntung
    jadi yang terplih mendapat syafaat Baginda disana kelak..

    ReplyDelete

Terima Kasih atas komen anda.