Thursday, 21 January 2016

Hiasi Diri Anda Dengan Berzikir Pada Allah

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk anda semua, marilah kita semua memujuk diri kita untuk memperbanyakkan amal kebaikan seperti zikir. Apa itu zikir yang anda faham? Zikir adalah mengingati dan memuji Allah bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Nya dengan cara zahir mahupun batin. Amalan zikir boleh dilakukan melalui pelbagai cara samada perbuatan, percakapan, berfikir dan sebagainya yang pasti diri kita tertumpu untuk mengingati dan memuji Allah S.W.T. Seperti mana juga solat adalah salah satu cara kita berzikir kepada Allah kerana dalam solat terdapat pelbagai bacaan yang mengingati dan memuji kebesaran Allah S.W.T.
Sesungguhnya Aku adalah Allah! Tidak ada Tuhan melainkan Aku! Dan dirikanlah sembahyang bagi mengingati Aku! (Ayat 14 : Surah Taha )
Walau bagaimanapun, para ulama telah merangka pelbagai cara untuk memudahkan orang awam dalam mendekatkan diri pada Allah S.W.T.  Dalam memudahkan orang ramai para ulama telah merumuskan satu bentuk zikir yang dikenali sebagai zikir munajat. Zikir munajat ini mengandungi pelbagai jenis ayat yang memuji kebesaran yang Maha Pencipta dan ia juga senang untuk diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Setiap orang boleh mengamalkan zikir ini pada bila-bila masa dan dimana sahaja untuk mendekatkan diri pada Allah S.W.T.
Oleh itu, kita semua seharusnya mengamalkannya dalam kehidupan seharian dan sebarkan kepada kawan-kawan kita untuk kebaikan bersama.
Zikir Munajat 1
Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.

Zikir Munajat 2
Ertinya: Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah yang Maha Esa. Tiada sesuatu yang menyengutu bagi-Nya. Tuhan yang memiliki segala kekuasaan. Tuhan yang memiliki segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan Mematikan. Dialah Allah Tuhan yang Berkuasa atas segalanya.

Zikir Munajat 3
Erti: Ya Allah, ya Tuhan kami, hindarkan kami daripada azab api neraka
Zikir Munajat 4
Maksudnya: Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang memiliki kesejahteraan, dan kepada Engkaulah jua kembalinya kesejahteraan. Maka hidupkanlah kami wahai Tuhan kami dengan kesejahteraan dan masuklah kami ke dalam syurga tempat kesejahteraan. Maka berkat Engkau ya Allah, Tuhan kami dan Maha Tinggi darjat Engkau ya Tuhan yang memiliki Kehebatan dan Kemuliaan.
Zikir Munajat 5
Ertinya: Hamba meminta perlindungan dari-Mu ya Allah, dari syaitan yang kena rejam
Zikir Munajat 6
Erti: Maha Suci Allah dan Pujian itu bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah. Dialah Allah Tuhan Yang Maha Besar – (33 kali) ‘banyak kali lg bagus’
Zikir Munajat 7
Erti: Allah- Allah-Allah-Allah ya Allah, Allah ya Allah- Allah ya Allah- Allah ya Allah, Allah-Allah-Allah- ya Allah, Allah-Allah-Allah ya Allah, Allah ya Allah-Allah ya Allah-Allah ya Allah.
Zikir Munajat 8
Erti: Maha Suci Tuhan (Allah). Tiada kuasa makhluk mengatasi kudrah kekuasaan-Nya, Dialah Tuhan (Allah) di atas singgahsana Arasy, dengan kerana Esa dan Tunggal, memiliki segala di atas Arasy langit dengan senang dan mudah demi kerana kemuliaan-Nya semua wajah-wajah sujud dan tunduk kepada-Nya.
Zikir Munajat 9
Erti: Cukuplah perhitunganku dengan Tuhanku yang Maha Mulia. Tiada sesuatu yang lain di hatiku selain daripada Allah, nur Muhammad s.a.w. – (5 kali)
Zikir Munajat 10
Erti: Tiada sesuatu yang lain yang tersingkap selain daripada Allah – (10 kali)
Zikir Munajat 11
Erti: Tiada Tuhan melainkan Allah. Tuhan yang memiliki. Tuhan yang hak. Tuhan yang benar (nyata). Muhammad pesuruh Allah, benar segala janjinya lagi dipercayai – (5 kali)
Zikir Munajat 12
Erti: Hamba memohon keampunan kepada-Mu ya Allah, sesungguhnya Engkau yg Allah Maha Penerima Taubat – (10 kali)
Zikir Munajat 13
Erti: Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah – (3 kali). Muhammad Pesuruh Allah – (3kali)
Zikir Munajat 14
Erti: Ya Allah, ya Allah, ya Allah, ya Allah – (3 kali)
Zikir Munajat 15
Erti: Ya Allah, ya Allah, ya Allah, ya Allah yang Maha Pelembut – (8 kali)
Zikir Munajat 16
Erti: Wahai Tuhan yang Maha Pembuka. Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui – (3 kali)
Zikir Munajat 17
Erti: Kami memohon taubat kepada-Mu ya Allah – (3 kali). Kami kembali kepada-Mu ya Allah – (3 kali). Kami sesungguhnya menyesal atas perbuatan maksiat yang pernah kami lakukan – (3 kali).
Zikir Munajat 18
Erti: Kami memohon taubat kepada-Mu ya Allah – (3 kali). Kami kembali kepada-Mu ya Allah – (3 kali). Kami menyesal ya Allah – (3 kali).
Zikir Munajat 19
Erti: Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Nabi Muhammad Pesuruh Allah – (3 kali).
Zikir Munajat 20
Erti: Ya Allah. Tuhan yang memiliki segala kehebatan dan kemuliaan. Matikan kami ya Allah atas agama Islam – (3 kali)
Zikir Munajat 21
Erti: Ya Allah, selawat dan salam ke atas penghulu cahaya bagi segala cahaya dan penghulu rahsia bagi segala rahsia, pembuka (kunci) bagi segala pintu kemudahan iaitu penghulu kami dan tuan kami Nabi Muhammad. Nabi yang teristimewa dan keluarganya yang suci dan sahabatnya yang terbaik, berbagai nikmat Allah dan semua pejuangnya.
Zikir Munajat 22
Erti: Telah pun muncullah bulan purnama atas kami. Dengan puji-pujian (sanjungan) kami mengalu-alukan. Ucapan kesyukuran kami ajukan. Seruan Allah kami serukan.
Zikir Munajat 23
Erti: Selawat Allah ke atas Nabi Muhammad. Selawat Allah ke atasnya berserta salam – (2 kali)
Zikir Munajat 24
Maksud: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segenap pujian untuk Tuhan Pemimpin alam semesta. Yang Pemurah dan Penyayang. Yang Memiliki- Memerintah hari akhirat. Hanya Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan. Pimpinlah kami ke jalan yang lurus. Jalan yang Engkau telah anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (jalan) mereka yang sesat.


semoga bermanfaat.. & jadikanlah sebagai amalan kita.. In Sha Allah
Continue Reading

Wednesday, 20 January 2016

Menu Pikat Suami: Siakap Sejiwa Masam Manis

Assalamualaikum..


Menu Pikat Suami: Siakap Sejiwa Masam Manis


Memang selalunya sajian ini orang hidang atas meja pengantin tetapi apa salahnya sesekali hidangkan lauk 'cinta' buat anak-anak dan suami tersayang dengan Siakap istimewa, jom cuba!

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap (saiz sederhana) – dibersihkan
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit


Bahan sos masam manis:
3 ulas bawang putih – dihiris halus
1 inci halia - potong kasar
4-5 biji cili merah - dikisar
3 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos Thai
½  biji lobak merah - dipotong dadu
½  biji bawang holland - dipotong dadu
½ biji cili benggala
¼ biji nanas - dipotong dadu
1 biji epal - dipotong dadu
1 batang serai - diketuk
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit air
Sedikit minyak untuk menumis


Cara membuat:
1. Ratakan permukaan ikan dengan garam dan kunyit. Goreng sehingga keemasan. Angkat, tos minyak dan ketepikan.
2. Membuat sos, tumis bawang putih dan halia sehingga garing dan wangi.
3. Masukkan cili merah dan serai. Kacau sehingga wangi dan masukkan sos tiram dan sos Thai. Kacau perlahan.
4. Masukkan semua bahan yang dipotong dadu, sedikit air dan sesuaikan rasa garam serta gula. Masak sehingga kuah menjadi pekat. Tutup api.
5. Letakkan ikan di atas piring dan tuang sos di atasnya. Hidang/hias mengikut kreativiti anda.

Info SINI
selamat mencuba.. 
Continue Reading

Projek Wakaf Telekung

Assalamualaikum..

selamat petang semua warga blogger..

jom sama sama kita support group Puan Wawa & the geng bagi menjayakan lagi program ni..

=========



Assalamualaikum semua

Program Wakaf Telekung adalah program inisiatif KJ 1986 Buddies. Program ini menggalakkan rakyat Malaysia menjadikan Telekung sebagai salah satu bentuk wakaf bagi manfaat masyarakat umum.

Bagi memudahkan proses wakaf Telekung ini, KJ 1986 Buddies melalui laman Facebook kami (Puan Wawa Biz, Fifa Haziq, Seri Dewi) akan memproses pembelian Telekung daripada orang ramai bagi diwakafkan seterusnya menghantar telekung yang diwakafkan itu kepada mana-mana Masjid atau Surau yang dipilih oleh pewakaf.

Dengan nilai RM30, kini rakyat Malaysia berpeluang mewakafkan Telekung melalui Program Wakaf Telekung Amirul. Program ini secara tidak langsung memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia membantu menukar Telekung lama yang jarang, pendek dan lusuh kepada yang baru. serta solat dengan lebih yakin dan sempurna. 

Semoga program wakaf Telekung ini menjadi salah satu lagi cara bagi umat Islam di Malaysia beramal soleh bagi meraih ganjaran pahala yang tidak putus-putus daripada Allah kepada pewakaf selagi mana telekung yang diwakafkan itu masih kekal dimanfaatkan.

Insya Allah.

Bagi yang berminat untuk mewakafkan telekung terpakai, boleh juga serahkan kepada kami wakil di area yang tertera.

KJ & Paka - Puan Wan Rokiah (019 996 6576)
KJ & Kemaman - Cik Wan Nor Aini (011-19804592)
Kerteh - Puan Hafifah (016-9307550)


Terima Kasih semua.. ^_^


Continue Reading

Pastikan Buat 7 Perkara Ini Kalau Ibu Ayah Atau Mentua Datang Rumah

Assalamualaikum..




Sibuk bekerja macam mana pun, kalau sesekali ibu ayah atau mentua singgah ke rumah, anda kena cuba beri layanan terbaik kepada mereka. Ya, mungkin sibuk bekerja tetapi tiada alasan untu bahagiakan hati mereka dengan pelbagai cara.



Jangan panik, bawa berbincang dengan suami isteri dan uruskan secara pasukan untuk melayani mereka. Apalagi isteri yang kerja syif, on call, atau over time.



1. Ingat! apabila ibubapa atau mertua datang ke rumah kita sama ada dirancang atau mengejut, itu bermakna Allah hendak memberikan pahala kepada kita. Oleh itu hendaklah redha kedatangan mereka dan bersyukur kepadaNya.


2. Sediakan semua bahan-bahan mentah dan kering keperluan dapur yang lengkap yang boleh digunakan untuk memasak menu-menu yang biasa ibu atau mertua masak. Contoh: untuk memasak kari ikan kembung, pastinya ada 2-3 ekor ikan kembung, daun kari, serbuk kari untuk ikan, asam jawa, bawang kecil, bawang putih, halia, santan kelapa, bendir dan minyak masak.


3. Bila ibu atau mertua telah rehat, sebelum isteri pergi kerja, jemput mereka ke dapur, tunjukkan kedudukan semua bahan-bahan kering dan basah dan terangkan kepada mereka, "buatlah macam rumah ibu sendiri" , gunakanlah untuk memasak dan sebagainya.


4. Tunjukkan cara menggunakan dapur, kerana cara alat-alat mungkin tidak sama dengan di rumah ibu". Tunjukkan juga tong sampah dan cara membuang sampah.


5. Tunjukkan juga cara menggunakan TV HD yang banyak remote-remote itu. Sabarlah di atas ketidakpandaian mereka mengenai penggunaan TV HD. Jika mereka pinta Wifi, jangan lupa berikan mereka kata kuncinya.


6. Bila pulang ke rumah, ibu mertua telah tersedia makanan di atas meja, Makanlah selahap-lahapnya walaupun anda telah makan di pejabat tadi. Ini akan menambah pahala kerana ibu atau mertua terasa gembira atas masakannya. Jangan kata, Saya dah makan di pejabat tadi, kenyang".. anda biarkan makanan itu tidak disentuh hingga esoknya.


7. Sila beritahu jiran sebelah menyebelah yang ibu bapa atau mertua ada di rumah dan beritahu juga mereka siapa jiran-jiran di sebelah. Bertujuan, jika terjadi perkaran yang tidak diinginkan, mereka tahu siapa untuk dihubungi dengan segera.

semoga bermanfaat..
Continue Reading

Tuesday, 19 January 2016

Inilah Cara 'Lembut' Pujuk Anak Ke Sekolah

Assalamualaikum,..


Inilah Cara 'Lembut' Pujuk Anak Ke Sekolah


Biasalah, bab nak pujuk anak pergi sekolah bukan senang. Tambah pula anak yang sulung dan kali pertama kena tinggal (masuk pra sekolah atau darjah satu), selalunya mak-mak ada di sisi tapi tetiba nak minta apa-apa orang yang dia percaya tak ada depan mata. Haruslah semangat dan emosi tak stabil.
 
 
 
Tak boleh nak manjakan sangat, ibu ayah kena usahakan anak minat masuk sekolah. Apa kata anda pujuk anak dengan beberapa langkah ini...
 
 
1. Seelok-eloknya sebelum sekolah bermula, anak sudah didedahkan dengan cerita mengenai sekolah baru supaya emosinya lebih bersedia. Ceritakan suasana positif dan keseronokan di sekolah, seperti ada ramai kawan,“guru yang baik, ada taman permainan dan sebagainya.
 
 
2. Ibu ayah kena cekal apabila menghantar dan meninggalkan anak buat pertama kali kerana emosi anda banyak mempengaruhi emosi anak.
 
 
3. Elakkan daripada menunggu anak dalam kelas terlalu lama. Perkara ini akan menyukarkan proses penyesuaian. Tinggalkan saja anak sebaik menghantarnya ke tadika walaupun dia menangis. Usah bimbang kerana biasanya anak akan diam selepas ibu atau bapa pulang. Apabila ditinggalkan, insya-Allah dia akan mula bergaul dengan kawan lain.
 
 
4. Tolonglah jangan ambil lambat setiap kali anak pulang dari tadika atau sekolah terutamanya pada minggu pertama. Biasanya kanak-kanak akan berasa takut apabila melihat kawan sudah pulang.
 
 
5. Haaa... ini memang kena buat kalau awal-awal. Pastikan ada hadiah untuk dia rasa seronok. Tak perlu mahal, janji ganjaran itu adalah salah satu semangat dia nak ke sekolah dan akan dapat tiap kali pulang. Jangan beli mainan pulak! Hantar anak ke tadika secara konsisten, elak daripada ponteng.
 
 
6. Buat kerja rumah dan ulangkaji bersama-sama. Tanya aktiviti, siapa kawan dia di sekolah dan sebagainya. Tunjukkan minat dan sokongan anda terhadap persekolahannya.
 
 
7. Banyak berdoa untuk kesejahteraan anak. Selalu membaca surah as-Syura ayat 19 dan Ali Imran, ayat 200 untuk melembutkan hati anak dan supaya mereka senang belajar. LEbih bagus amalkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum dan Ya Latif’.
 
 
8. Ada anak yang tak suka pakaian sekolahnya sebab warna atau kain. Mungkin juga tengok pakaian yang sama dipakai anak lain. Haa... masa ini anda kena lebih pujuk dan selalu puji. Biar dia rasa dirinya sangat CANTIK!
 
 
Kalau anak terus meragam, bersabar dan memujuk mereka dengan banyak berbual, bermain dan bercerita. Ini boleh meredakan banyak masalah emosi anak.
 
 
Setiap kanak-kanak adalah berbeza dan mengambil masa yang berbeza untuk menyesuaikan diri. Jangan risau sangat, dah biasa nanti anak sendiri semangat nak pergi sekolah. Bagi anak masa dulu, ya!
Continue Reading