Saturday, 14 November 2020

Hari Diabetes Sedunia


Kira-kira 3.9 juta (18.3%) penduduk berumur 18 tahun dan ke atas adalah penghidap Diabetes pada 2019, meningkat 13.4% berbanding 2015. 

Tanda-tanda dan gejala Diabetes
1. Dahaga keterlaluan
2. Kerap membuang air kecil
3. Perubahan berat (berlebihan atau berkurangan) 
4. Keletihan melampau atau kekurangan tenaga
5. Penglihatan kabur
6. Jangkitan yang kerap atau berulang
7. Luka dan lebam yang lambat sembuh
8. Kebas ditangan atau kaki
9. Bermasalah untuk menghasilkan atau mengekalkan ereksi. 

Ramai penghidap Diabetes tidak menunjukkan tanda.

Langkah penting dalam mencegah ialah: 
1. Menyedari faktor risiko, tanda dan gejala
2. Menjalankan ujian saringan 
3. Mendapatkan rawatan segera apabila dikesan menghidap Diabetes. 

Pencegahan
1. Makan secara sihat - #sukusukuseparuh
2. Kekal aktif 
3. Kawal berat badan
4. Berhenti merokok dan jangan ambil alkohol
5. Jalani ujian saringan kesihatan secara berkala
6. Ketahui risiko Diabetes anda. 


Selamat Hari Diabetes Sedunia. 

#WorldDiabetesDay2020

Continue Reading

Friday, 6 November 2020

Kelebihan berselawat

Assalamualaikum Salam jumaat yang penuh berkah. Semoga kita semua dalam RAHMAT Allah swt. 

Fizah nak share sikit mengenai selawat. 




 Setiap kita dirutin kan untuk berselawat kan? 


Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengikut segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah.


Daripada SABDA Rasulullah saw

"Barang siapa yang berselawat ke atasku sekali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali dan digugurkan 10 dosanya serta ditinggikan 

baginya 10 darjat (disyurga kelak)"


MasyaAllah, begitu besar ganjaran nya. Allah nak kita berselawat untuk diri kita sendiri juga, dan kita juga yang beruntung.



Nak tak jadi sebahgian orang yang sangatttt beruntung?

Jom sama sama tingkatkan lagi amalan berselawat dijumaat yang berkah ni.

Semoga kita mendapat syafaat Baginda di akhirat kelak,

Dimakamkan dekat dengan makan baginda,

Dipercepatkan hisab kita di akhirat,

Dihapuskan segala dosa dosa kita,

Selamat dari huru hara hari Kiamat,

Jaminan masuk syurga dan mendapat syafaat Nabi,

Menjadi asbab segala doa, hajat kita dimakbulkan, 

Selawat juga ialah menggantikan sedekah bagi yang tidak mampu BERSEDEKAH.

MasyaAllah, antara kelebihan berselawat yang mana ganjaran nya sangat la besar. Allahuakhbar. Setiap suruhan dan setiap apa yang Allah nak kita turutkan itu semua adalah tiada lain lagi untuk kebaikan diri kita sendiri juga.


Semoga kita semua menjadi HAMBA Allah yang ikut segala SURUHAN Allah dan mendapat syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat nanti.


Aamiin Ya Mujib.


#fizahshare

#kelebihanberselawat

Continue Reading

Monday, 2 November 2020

Promosi Shaklee November 2020

Assalamualaikum. Selamat pagi.
Alhamdulillah syukur YA Allah, atas nikmat Allah yang tak terhingga. 

Bulan lepas banyak peningkatan dari bulan sebelum nya dan Alhamdulillah dapat Bisness partner baru dalam TGE group. 

Semoga bulan ni lebih baik lagi. In Sha Allah. Aamiin. 

Bulan November ni promosi masih diteruskan cuma yang berbeza nya ialah free gift. Kalau bulan lepas free gucci beg inspired tapi kali ni setiap pembelian dapat free zinc dan juga vitamin c pula.

Moh tengok Apakah promosi tu?

Promosi November Shaklee 2020

Ada 2 pilihan promosi pada bulan November 2020 ini, iaitu:

1. Viva Vivix Set - RM760

Apa yang anda boleh dapat bengan belian 2 botol Vivix dalam set Viva Vivix ini. Antaranya adalah ,

*Viva Vivix Set - RM 760*

2 botol Vivix
💎FREE Vita C - RM98
💎FREE Membership - RM35
💎FREE Postage - RM10
💎 Cash Rebate - RM38

Total penjimatan: RM 371



2. Best Seller Set - RM412


Set ini mengandungi 5 item dimana menjadi best seller produk sejak sekian lama. Pembelian Best Seller Set ini, anda boleh dapat,

*Best Seller Set - RM 412*
B Complex
Omega Guard
ESP
Ostematrix
Vita C
💎FREE Zinc
💎FREE Membership 
💎FREE Postage 
Total penjimatan: RM 204

Jika anda berminat untuk dapatkan set promosi dan ingin menjadi ahli shaklee dengan percuma, boleh hubungi Fizah hari ini.

Nak join ahli Shaklee boleh daftar di sini 

Hubungi kami, 


Page FB : Kedai Vitamin Paka Kerteh
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Baru Bangi / Paka / Kemaman
Pengeposan ke seluruh Malaysia

Continue Reading

Wednesday, 28 October 2020

Patah Tulang Selangka Bercantum dengan Set Shaklee Kanak kanak

Patah Tulang Selangka Bercantum dengan Set Shaklee Kanak kanak

Patah Tulang Selangka 😱😱


Dulu duk dengar orang lain je bab patah patah tulang ni.

Sekali kena kat anak sendiri, AllahuAkhbar. Tak terkata wehy. 😫

Ni la biasa dengar kan orang tua tua cakap, dan nak kena sekelip mata je. Allahu.

Ni alkisah anak lelaki Fizah, Aqeef 1 tahun 6 bulan time kena tu. Dia jatuh dari kereta time ciksu nya bukak pintu kereta secara Tak sengaja, Tak Perasan Adik duk tenggek kat pintu.

Buka je kereta terus jatuh, tapi time tu jatuh sebelah badan dan nampak la dia tahan tangan. Menangis la Adik time kena tu. Yela, sakit kan. Budak budak kan sakit Sekejap je pastu bila rasa lega Hilang sakit.

Esokkan tu main macam biasa, petang baru Perasan time bukak baju nak Mandikan Adik. Bahu dia bengkak, Ingat kan salah urat ke apa.

Sebabkan dah lewat, Esokkan hari nya plak bawak pi mengurut. Bila tukang urut rasa, dia cakap Bukan salah urat sendi ke apa tapi tulang patah ni. (Allahu dalam hati, Allah je tahu camne perasaan Ummi time tu😢)

Tukang urut rasa Slow2 je dekat part tu, buat air tawar sekali. Lepas pada tu nampak makin surut dah bengkaknya.

Keesokan hari pulak la Ummi bawak pi klinik, pergi xray memang tulang patah. Patah plak macam serong gitu.

Sebab kan budak2 memang Takde pape ubat, xde kena buat apa just biar dia sembuh sendiri.

Doc Mintak pakai kan anduh, pergi la kat kecemasan dia ajar camne pakai. Pakai nya xdan seminit dia punya meronta menangis macam sakit2. Kesnya xmo pakai anduh, takmo kena ikat dileher tu. 😂

Balik klinik, Ummi pi la farmasi cari anduh kartun2 lawa tu. Tapi xmo jugak pakai. Nampak je terus nangis. Alih2 kakak Humaira ambil buat letak mainan dia kat dalam. 🤣🤣

Hari kejadian kena tu petang 16/9/2019, xray 18/9/2019.

Kena follow up balik xray sebulan lepas tu 24/10/2019. 

Follow appointment dengan pakar tulang, pergi xray semua.
Dalam masa sama Ummi cuba bertenang, rilex, n orang pun nampak Ummi selamber je. Tp dalam hati risau tu memang ada. 

Dapat je result sebelum pass kat doctor, Ummi bukak dulu tengok. Alhamdulillah Syukur tak terkata bila tengok tulang dah cantum Comel. Hilang terus rasa risau tadi. Tunggu pulak turn jumpa doc.

Dapat turn jumpa doc, tak sampai 5 minit pun. Syukur, gembira tak terkata. Kata doc memang bercantum molek, Comel sangat dah ni dalam masa sebulan. Doc tengok puas hati sangat2, terus je kes ni dikira discaj. Dah takyah kena follow up lagi pasni. Syukur Alhamdulillah.

Adik pun sepanjang sebulan tu main macam biasa, aktif tetap aktif malah terlebih aktif. 😆

Walaupun budak kecik cepat sembuh, Takde la biar je camtu. Ikhtiar tetap ikhtiar.

Selain air tawar, Ummi bagi

Multivitamin Vitalea kids
Antara Kebaikan Vitalea Kids adalah :
1.Menyediakan 19 vitamin dan mineral lengkap yang sangat diperlukan untuk tumbesaran
yang sempurna.
2.Membekalkan kalsium untuk tulang, otak dan gigi yang kuat.
3.Meningkatkan tahap daya tahan melawan penyakit.
4.Lengkap dengan kesemua 8 jenis vitamin B, untuk fungsi tubuh yang sihat.
5.Menyediakan 150% nilai harian vitamin D, bagi membantu penyerapan kalsium secara
optimum 
6.Mengandungi 100% nilai harian vitamin c yang diperlukan.
7.Multivitamin yang kaya dengan antioksidan untuk kulit yang sihat dan cantik.
8.Rasa anggur yang sedap dan sangat disukai kanak kanak. 
9.Sesuai untuk anak anak yang dah mula pandai kunyah dan telan.


Susu mealshake
Antara Kebaikan Mealshake adalah :
1.Mengandungi sumber protein dengan 19 vitamin dan mineral tambahan semulajadi. 2. mengandungi 9 asid amino yang diperlukan oleh tubuh yang baik untuk pertumbuhan dan perlindungan yang baik.
3.Sumber kalsium yang tinggi serta kaya dengan fiber dan protein.

Ostematrix (hak ni Ummi la yang telan, up lagi dos sepanjang tu) Ambil dalam 4-6 biji.

Antara Kebaikan OSTEMATRIX adalah :-

1. Membantu membekalkan kalsium yang diperlukan oleh tulang.
2. Membantu menghalang osteoporosis. 
3. Membantu mempercepatkan proses pemulihan tulang yang patah dan retak.
4. Membantu melegakan masalah kebas dan sakit dibahagian bermasalah.
5. Membantu mengimbangi tekanan darah dan bertindak sebagai penenang saraf.
6. Membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifokasi berjalan dengan lancar.

Adik ni still susu badan, malam lagi kuat dia menyusu. Siang campur jugak susu botol. Time tula campur susu formula dengan mealshake. Kalau dia xmo susu botol, Ummi campur jugak mealshake tu dalam air minum ke, makanan dia ke. Macam2 la Janji hari2 memang kena pastikan bagi jugak. 😁

Dalam doa harian, setiap sujud terakhir Tak putus2 berdoa moga Allah kabulkan doa supaya tulang Adik cepat bercantum dan kembali bentuk asal.

Kita minta pada Tuhan yg Maha Membentuk, yang dapat kembali kan bentuk tulang pada asal dengan izin Dia jua.

Tiap kali pas solat, zikir sebut Allah Al Mushawwir (Allah Maha pembentuk).

Kuasa Allah, dengan izin Allah juga. Alhamdulillah, Allah bagi ujian mengikut kemampuan hambaNya.

Dalam ujian tu ada juga peringatan. Beringat selalu dalam apa jua keadaan.

Terima Kasih ya Allah. Syukur Alhamdulillah.

#SuplemenShaklee
#kedaivitaminpakakerteh
#myherostories

Continue Reading

Tuesday, 27 October 2020

4 Langkah Berjaga jaga Kurang kan Risiko ketika Covid-19

Selain nemastikan badan cukup nutrisi untuk tingkatkan imuniti badan agar tidak mudah dijangkiti virus kita juga hendak lah menjaga kebersihan diri dan keluarga.

4 Langkah Berjaga jaga Kurang kan Risiko Jangkitan Covid-19 

Langkah Pertama :Tutup mulut dan hidung menggunakan Tisu apabila batuk dan bersin. Buang tisu yang telah digunakan kedalam tong sampah

Langkah kedua : Kerap cuci tangan menggunakan air dan sabun atau Bahan pencuci tangan (hand sanitizer)

Langkah Ketiga : Pakai penutup mulut dan hidung jika bergejala

 Langkah keempat : Pastikan anda menjaga kebersihan diri dan keluarga sepanjang masa.


Elakkan juga dari 3S

Amalkan Norma baru dengan mengelakkan 3S

1. Elak dari berada di tempat yang sesak
2. Elak dari berada di tempat yang sempit
3. Elak dari sembang dekat, amalkan kurang kurang 1 meter jarak antara individu. 


Semoga dengan mengamalkan langkah berjaga jaga ketika Covid-19 dan Elakkan 3s mampu mengurangkan kita dari berisiko dijangkiti individu yang bergejala. 

Semoga bermanfaat Sama sama kita me jaya kan nya. 

Continue Reading