Monday 9 November 2015

Ibu, Sebelum Bersalin Elok Amal 17 Tip Ini!

Ibu, Sebelum Bersalin Elok Amal 17 Tip Ini!

Bagi Ibu muda, macam macam rasadan emosi  bila dah sampai waktu nak bersalin. Itu belum lagikan dengar macam macam cerita.. betul tak?? Yela, Ibu muda tak ada pengalaman lagi nak melahirkan anak.. mestilah rasa tak selesa semua tu. Time ni la peranan suami kena bagi support dekat isteri, bagi semangat. 

Pengalaman bersalin ni tak semua rasai pengalaman sama kan.. pengalaman ni pun unik..sama juga masa alahan/morning sickness.

Beberapa Petua yang boleh di amal kan sebelum bersalin

  • Dua minggu sebelum due, amalkan makan telur separuh masak untuk beri tenaga
  • Kalau mula nak bersalin makan sebiji telur mentah
  • Minum milo yang dibancuh dengan marjerin supaya laluan cepat terbuka
  • Rebus epal hijau dan makan semasa sakit contraction
  • Amalkan membaca surah Maryam untuk mudah bersalin
  • Masa di labour room banyakkan membaca surah Al-Fatihah, doa Nabi Yunus serta sebut "Ya Fattah" berulang kali untuk mengurangkan sakit
  • Amalkan minum air kelapa dihujung hujung nak bersalin. Orang tua-tua kata kulit bayi pun akan bersih
  • Makan kurma dalam bilangan ganjil
  • Banyakkan berjalan dan naik tangga. Senaman sebelum bayi keluar
  • Amalkan makan sayur bendi. senang nak melahirkan anak
  • Untuk senaman, duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki , pegang jari kaki, dan tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina
  • Masa proses meneran, baring sambil kaki atau betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina terkoyak banyak. Jangan angkat punggung semasa meneran untuk elak koyak teruk.
  • Lebih elok amalkan menyapu minyak zaitun di sekeliling faraj bagi melembutkan bahagian tersebut.
  • Semasa contraction, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit semakin kuat, tarik nafas dan lepaskan laju-laju.
  • Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Barri, Ya Musawwir" sebanyak 21 kali dan hembuskan dalam segelas air.
  • Kerapkan bersama suami supaya laluan senang terbuka sewaktu kandungan 37 minggu.
  • Air selusuh paling mujarab, lebih afdhal kalau suami sendiri yang buat. 
Image result for SEBELUM BERSALIN

Image result for SEBELUM BERSALIN

Moga info ini bermanfaat untuk ibu muda yang bakal melahirkan anak pertama.





0 Comments:

Post a Comment

Terima Kasih atas komen anda.