Tuesday, 21 April 2020

Cadangan Set Resdung Shaklee




Resdung atau Sinusitis ialah keradangan dan bengkak pada rongga sinus yang disebabkan oleh bakteria, virus, atau kulat. Rongga sinus ialah perlindungan tahap pertama (first line defense) kita dari jangkitan. Di sinilah tempat untuk keluarkan mucus dari badan.

Simptom yang biasa dialami penghidap Resdung:
  • Hidung tersumbat
  • Lelehan hingus yang berlebihan
  • Kerap bersin
  • Hingus yang berubah warna dan berbau busuk
  • Pening kepala
  • Bengkak mata
  • Gatal-gatal di hidung, mulut, dan muka





Cadangan Set Resdung Shaklee

Terdapat 3 pilihan Set Resdung Shaklee. Penerangan setiap produk di dalam set disertakan bersama di bawah.





1. Alfalfa Complex 

Terkenal sebagai Raja Tumbuhan kerana kandungannya yang sangat padat dengan vitamin, mineral, dan protin. Alfalfa dapt membantu mengurangkan alergi, keradangan, dan gatal-gatal.

Namun begitu, pesakit SLE / autoimmune / ibu hamil / G6PD / sedang mengambil ubat Warfarin / pil perancang kehamilan tidak digalakkan mengambil Alfalfa.
 
Mengandungi 330 biji. Untuk kegunaan 1-2 bulan.

2. Vita C Plus

Vitamin C bersama Bioflavonoids yang mempunyai teknologi Sustained Release dan tinggi kadar penyerapan ke dalam badan. Meningkatkan fungsi sistem imun, bantu elak jangkitan, dan mengurangkan lendir (mucus). Dipercayai sebagai antihistamin semulajadi.

Mengandungi 180 biji. Untuk kegunaan 3-6 bulan.

 3. B Complex

Mengandungi 8 jenis Vitamin B yang PERLU untuk tubuh. Membantu kesihatan saraf, mengurangkan stress, meningkatkan antibodi, membantu fungsi sistem imun.

Mengandungi 120 biji. Untuk kegunaan 4 bulan.



4. Nutriferon

Penggalak imun semulajadi yang dicipta oleh Pakar Imun dari Jepun, Dr. Yasuhiko Kojima. Terbukti secara klinikal dapat mengukuhkan sistem imun. Menstimulasikan setiap sel di dalam badan kita untuk menghasilkan interferon aslinya sendiri. Membantu melegakan keradangan dan gatal-gatal.

Mengandungi 30 sachet. Untuk kegunaan 1 bulan ke atas (bergantung kepada penggunaan).

5. Vivix

Minuman sangat tinggi antioksida yang diperbuat dari ekstrak Anggur Muskadine dan bahan botani lain. Memberi perlindungan kepada sel dari peringkat DNA, jadi ia membantu mengekalkan kesihatan mucous membrane. Meningkatkan peredaran darah dan mempercepatkan penyembuhan. Meningkatkan sistem imun, mengurangkan keradangan, mengurangkan kekerapan demam dan selesema, melindungi dari jangkitan.

Mengandungi 150 ml. Untuk kegunaan 1 bulan.


MENGAPA ANDA PERLU PILIH SET RESDUNG SHAKLEE?

1. Shaklee ialah sebuah syarikat yang OBSES tentang kualiti produknya. Shaklee memastikan mereka:

Melakukan sebanyak 350 ujian terhadap 1 jenis bahan sahaja!
Melakukan sebanyak 100,000 ujian kualiti produk setiap 1 tahun!
Melakukakan sebanyak 23,000 ujian keaslian dan keselamatan setiap 1 tahun!
Tidak memasukkan bahan-bahan bahaya. Senarainya di sini.

2. Shaklee memastikan produk mereka BERKESAN. Buktinya?

Secara SAINTIFIK dan KLINIKAL. Shaklee menerbitkan 100 Laporan Saintifik dan mempunyai Landmark Study pada tahun 2007 yang menunjukkan bahawa kesihatan di kalangan pengguna suplemen Shaklee ternyata lebih baik berbanding mereka yang mengambil satu multivitamin atau tidak mengambil suplemen langsung.

Penjelajah Bertaraf Dunia dan atlet terhebat juga merupakan pengguna tegar produk Shaklee. Baca selanjutnya di sini.

3. Shaklee bukan sahaja selamat untuk manusia, tetapi juga untuk alam sekitar. Bukankah itu sangat wow? Boleh baca selanjutnya di sini.

Boleh juga baca di sini.

4. Sudah ramai yang merasai perbezaan Set Resdung Shaklee. Boleh baca Testimoni Set Resdung Shaklee di sini.


KESIMPULANNYA?

Jika anda mencari supplement untuk anda dan keluarga, Shaklee ialah satu jenama yang sangat boleh dipercayai!

Untuk dapatkan lebih penjimatan, daftarlah sebagai ahli dan dapatkan CASHBACK juga! Klik di sini untuk cara menjadi ahli Shaklee.

Hubungi Pijah jika uols sudah membuat keputusan :)



Your Trusted Shaklee Consultant,
0147937312 (Pijah),
Kedai Vitamin Paka Kerteh
Continue Reading

Resepi Kek Gula Hangus Mudah - Kek Sarang Semut

Assalamualaikum. Hai Uols.

Selamat berPKP fasa 3. Semoga semuanya berakhir dengan baik baik saja.

Jaga diri, kesihatan, keluarga. Dan yang Utama kebersihan diri. Kerap kan mencuci tangan, mandi at least 3 kali sehari yer untuk jaga kebersihan diri.

#KitaJagaKita. Keluar bila perlu je tau. Selebihnya kalau takde keperluan baik stay at home je.

Mana mana yang bosan tak tahu nak buat apa or dah Takde idea nak buat apa.
Apa kata Uols try buat kuih ni plak. Orang tua tua biasa nya panggil kek span.

Kita hak muda mudi ni biasa dengar panggil kek sarang semut aka kek gula hangus.

Uols panggil apa yerr? Pijah paling biasa suka panggil kek sarang semut. Sebab tengok texture dalam dia bila dipotong tu ada lubang lubang gitu. Hehe

Ada se setengah orang dia takleh tengok kek texture berlubang ni, geli kata nya. Hahaha

Tapi makan serius sedap tau. Nak nak pengemar tegar tu. Juadah ni time raya pun laku. Antara kek yang simple dan mudah sangat buat nya.

Nak kukus boleh, nak bakar lagi la boleh. Dua option, boleh pilih je kaedah mana Uols nak.

Dah jommm. Kita chekidott dia punya resepi.




Resepi Kek Sarang Semut versi Pijah :

1 cwn gula
1 cwn air panas
2 sdb rata marjerin/butter

3 biji telur
1/2 cawan susu pekat manis
Sedikit Esen vanilla

1 cwn tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat 

1st step : cair kan dulu gula guna api slow tau kan xpasal hangitt plak gula tu nanti. Bila dah nampak gula mancair, hancur dan bertukar color perang boleh masukkan air panas tadi. Part ni kena hati hati yer masukkan sikit demi sikit hingga ilang bunyi letup tu.

Bila dah gula tadi sebati dalam air tu, hancur semua, tutup api dan masukkan butter. Biar kan suam2.

Part dua : whisk kan telur + susu + esen bagi telur kuning hancur dan adunan sebati.

Part 3 : ayak kan tepung + soda, masukkan dalam adunan telur tadi. Whisk sebati semua hingga hilang ketul ketul tepung.

Last step : Curah kan air karamel yang panas suam tadi ke dalam adunan tepung sambil whisk bagi sebati.

Dah siap boleh tapis dan tuang dalam loyang yang digris marjerin + tabur tepung sikit taknak bagi kek melekat. Dan kek pun mudah nak dikeluarkan nanti.

Nak mudah lagi boleh jugak guna baking paper.

Boleh la bakar guna suhu 150 atas bawah dalam 30-40 minit or hingga masak.

Nak kukus pun boleh, boleh kukus dalam 40-45 minit atau hingga masak.

Nak tahu masak ke tak, boleh cucuk dengan lidi kat tengah tengah kek. Kalau lidi yang dikeluarkan tu licin, maknanya kek dah masak la tu.

Sejuk kan dulu yer sebelum buat keluar kan kek. Nak potong terus pun boleh



Cara potong nak bagi nampak berlubang tu, kena potong dulu me manjang pastu potong pulak melintang tengah tengah.

Siap! Amacam? Senang ke idok buatnya? Hehe

Resepi ni takyah peram peram. Siap aje adunan terus bakar or kukus.

Selamat mencuba Uols.  




Continue Reading

Tuesday, 14 April 2020

Risiko dan Bahaya Resdung

Kesinambungan dari post sebelum ni berkaitan dengan Resdung, Apa itu Resdung? boleh baca disini Resdung - Apa yang dimaksudkan dengan Resdung?



Siapa yang lebih berisiko? Meh kita cekkk


Mereka Yang Berisiko

Berikut adalah individu atau mereka yang berisiko tinggi
untuk terkena Resdung.

  • Alah kepada habuk, debu dan asap
  • Elergi kepada makanan laut, pisang dll
  • Mempunyai ketumbuhan dalam hidung
  • Mempunyai dinding pemisah hidung yang bengkok
  • Mereka yang mempunyai dinding hidung yang besar

Bahaya Resdung

Setelah uols ketahui dan kenali penyakit resdung ini berserta gejala-gejala yang dihadapi yang
memungkinkan uols adalah salah seorang pengidap penyakit resdung.

Kini kita ketahui pula akan kesan-kesan serta kemudaratan jika penyakit resdung ini dibiarkan dan menjadi bertambah kronik.

Antara kesan kemudaratan yang dialami oleh mereka
yang mengidap Resdung adalah :


  • Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
  • Jangkitan otak
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan tulang muka
  • Lelah yang kian teruk
  • Berdengkur secara kronik
  • Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
  • Alahan hidung
  • Selsema biasa yang melarat

Komplikasi Resdung


Resdung yang tidak dirawat dengan sempurna boleh mengakibatkan komplikasi serius kepada kanak-kanak dan orang dewasa. 

1. Kanak-kanak

Resdung di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta.

Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk.

Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata.Pada tahap kritikal doktor akan membuat satu laluan supaya cecair dari sinus ethmoid dapat dikeluarkan dari hidung dan ia tidak bertakung lagi.

2. Dewasa

Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna.

Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia mudah tersumbat. Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti resdung, tetapi komplikasinya amat jarang berlaku.
Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40 peratus.



Tanda-tanda Awal

Antara tanda awal penyakit sinusitis ialah hidung berhingus, berbau busuk dan tersumbat. Pesakit juga mengalami sakit kepala di bahagian dahi dan pipi terutama sewaktu tunduk dan sujud. Hingus yang kuning kehijauan juga boleh terkumpul di bahagian tekak menyebabkan tekak sentiasa berkahak dan batuk. Penyakit sinusitis boleh dipastikan dengan melakukan x-ray pada rongga sinus.
Tanda-tanda penyakit resdung mengikut bahagian badan :
Rongga Dahi
- Migrain atau sakit kepala
- Kelemumur atau gatal-gatal kulit kepala
- Keguguran rambut
Rongga Mata
- Gatal mata, mata berair, bengkak atau sakit
- Penglihatan kabur
Rongga Hidung
- Selsema / bersin berpanjangan
- Hidung tersumbat / bernanah / berbau
- Kurang deria bau
- Sakit di pangkal hidung
Rongga Telinga
- Gatal dalam lubang telinga
- Telinga sakit / bernanah / berbau
- Masalah pendengaran
Rongga Pipi
- Masalah jerawat
- Kemerahan di bawah mata dan pipi
- Rasa sakit / gatal di muka
Rongga Mulut
- Gusi bengkak / berdarah / bernanah
- Gigi longgar / sakit
Dada
- Batuk
- Lelah dan berkahak
- Gatal dalam kerongkong
- Jerawat di tengkuk / dada / belakang
- Gatal-gatal badan
Usus Besar / Kecil
- Pembiakan cacing kerawit
- Buasir / berak berdarah
- Dubur bengkak
Kaki / Tangan
- Makan air di celah jari
- Kuku makan cekam

Dari sumber

Cara Mengurangkan Gejala & Komplikasi Resdung
Gejala dan komplikasi resdung ini dapat dikurangkan dengan cara berikut namun sebaik-baiknya dapatkan rawatan dan nasihat dari doktor terlebih dahulu agak ianya tidak mendatangkan implikasi sampingan atau menjadi bertambah teruk:

1. Rehat yang cukup.
2. Bernafas dalam wap panas daripada semangkuk air (boleh tambah sedikit minyak angin).
3. Makan ubat penahan sakit (panadol)
4. Ubat selesema bagi mengurangkan bengkak dalam hidung.
5. Antibiotik sekiranya penyebab adalah bakteria.

Bagi radang sinus kronik, rawatan berikut amat membantu:
1. Steroid nasal spray (dapat mengurangkan bengkak dan radang).
2. Penggunaan Antihistamin dalam jangka masa panjang.
3. Pembedahan endoscopic untuk mencuci dan melebarkan saluran sinus.


Kita juga boleh mencegah resdung. Berusahalah hindarkan diri dari perkara perkara ini :

  1. Hindari haiwan peliharaan seperti kucing
  2. Pastikan kelembapan di rumah baik, sebaiknya guna penapis udara jika berkemampuan
  3. Berhenti merokok
  4. Ambil ubat selsema sebelum berenang/ menyelam (bagi yang suka aktiviti ini)
Jika dah ada penyakit ini, jangan bimbang dan berusahalah merawatnya dengan segera sebelum ianya menjadi kronik.

Tidak salah mencuba kerana semua rawatan itu akan berhasil dan serasi maka ikhtiarlah tanpa putus.

Pijah pun salah seorang yang ada masalah ini tau. Ikhtiar Pijah untuk merawat resdung ni ialah dengan pengambilan suplemen Shaklee.

Alhamdulillah berkesan dalam kurang kan gejala resdung dan buat kan kita rasa lebih sihat. Nanti Pijah akan share dnegan uols di next entry yer. In Sha Allah, sama sama kita berusaha seterusnya bertawakal kerana segala penyakit tu pasti ada ubatnya dan ingat lah yang Allah la satu satu nya yang berkuasa. Jadi jangan lupa banyakkan juga berdoa minta kesembuhan dari Ilahi.



Continue Reading

Resepi Laksa Penang Sedap dan Mudah

Hai Uols.
Ada tak laksa penang ni menjadi igauan or favourite Uols??




Makan panas panas, kuah pulak lagi kawwww bila banyak ikan. Memang besttt!

Boleh menambah nambah kan?
Hari ni buat laksa penang pulak. Test air tangan sendiri. Hehe

Sebelum ni duk jadi pemerhati je lebih, tolong tolong je mana patut.
Jadi, kali ni turun padang sendiri la bikin.

Alhamdulillah menjadi, puas hati sangat buat ni maklumla makan reramai. Bersyukur sangat time PKP ni terkurung pun dapat berkurung sekali dengan Mak Ayah, Adik beradik, suami dan anak anak sekali.

Banyak tak banyak 3 bungkus laksa jugak habis lebih kurang dalam 1.2kg. Sebungkus 400gm laksa.


Okkk dah. Jomsss follow resepi ni. Mana nak try tu boleh la try yer.





Resepi Laksa penang





Laksa direndam bagi lembut, dan direbus hingga lembut.



Bahan2 :


  • Sebungkus laksa(direndam terlebih dahulu sebelum rebus)
  • 1kg ikan selayang
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Asam keping
  • Lada kisar
  • Lada jarum
  • belacan (bakar dulu sikit)
  • 4 ulas bawang besar

Cara buat

1. Rebus ikan tadi dengan asam keping, letak sedikit garam kasar.
2. Siap rebus, asing kan isi dan juga tulang.
3. Blend bawang, lada jarum, belacan dan juga isi ikan. Masukkan dalam periuk dan panas kan atas dapur.
4. Blend tulang ikan tadi sekali air rebusan ikan, tapis masukkan dalam periuk tadi.
5. Masukkan air boleh ejas nak kuah sedikit pekat or cair. Awal awal ni terlebih cair sikit takpe. Sebab nanti kita nak biar kan lama sikit kuah atas dapur. Bagi air ikan turun.
6. Masukkan cili boh, asam keping. Cili boh anggaran je nak bagi kuah warna oren oren gitu
7. Dah mendidih masukkan bunga katam, daun kesum. Biar kan seketika.
8. Dah mendidih last sekali perasakan dengan garam, aji secukup rasa.




Ulaman

  • Timun batang
  • Lada jarum/lada besar (Nak kawww peda guna lada jarum)
  • Limau kasturi/limau nipis
  • Bawang besar
  • Salad
  • Telur

Hiris je semua sayur halus halus. Telur belah dua or 4 terpulang ikut selera masing masing. Hehe




Siap!! 

Boleh hidang dan nikmati panas panas. Sedap amattt. slurrppp






Continue Reading

Resepi Nasi Dagang Terangganu - Mudah dan Sedap



Assalamualaikum.

Hai Uols. Ada ke kat sini peminat nasi dagang?

Ada ke kat sini anak kelahiran Terengganu? Or bukan kelahiran Terengganu tapi tuka makan nasi dagang? Hehe

Nasi dagang ni menu utama jugak la lagi lagi time raya.
Menu ni dijadikan menu sarapan pagi, pagi pagi dah makan sarapan berat berat. Hihi

Kalau raya tanpa nasi minyak, nasi impit, nasi dagang memang tak lengkap la rasanya.

Sesebuah rumah pasti akan ada menu salah satu ni tau. :)

Dahh.. Jomss kita layan resepi Nasi Dagang Terangganu mudah dan sedap ni.

Yang penting Uols boleh cuba yer, yakin boleh buat. Pasti akan dapat buat mungkin lagi sedap dari Pijah buat tau. In Sha Allah.


Bahan bahan kuah Nasi Dagang

  • 1 ekor Ikan tokol/ikan aye (direbus dulu dengan asam keping + Sedikit garam)
  • Santan rm3
  • Lada jarum

  • 3 ulas sederhana besar bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • Suku inci halia
  • Setengan inci lengkuas
  • Sedikit belacan
(Blend bahan bahan di atas)

Rempah :
  • 1 sudu besar rempah gulai cap rose
  • 1 1/2 sudu besar rempah masak cap rose
(satu kan bahan blend ke dalam rempah bagi sebati)

Bahan tumis :
  • 2 senduk cili boh
  • Minyak Masak.
Cara cara :
1. Panas periuk, masukkan minyak. Tumis cili boh sampai garing dan terbit minyak.
2. Masukkan santan pekat + air untuk dijadikan kuah. Kuah tak pekat dan tak cair sangat. Biar kan seketika hingga mendidih.
3. Masukkan bahan rempah tadi, biar kan lagi menggelegak.
4. Dah mendidih masukkan ikan tokol, lada jarum, gula, ajinomoto.
5. Biar kan lagi sampai mendidih dan terbit minyak. Tak perlu kacau, biar kan mendidih sendiri baru akan terbit minyak.
6. Last sekali baru perasakan dengan garam. Ni step last baru masuk garam takut terlebih garam sebab ikan rebus tadi dah sedia rebus dengan garam.

Nasi

  • 1kg beras siam wangi (direndam terlebih dahulu dalam 3 4 jam)
  • Santan pekat rm3 + sikit air(letak garam anggaran nasi tak tawar bila dah siap kukus)
  • 2 inci halia dihiris halus
  • 2 sudu besar halba
  • 2 biji bawang merah dimayang halus

Cara :
1. Panas kan kukusan, kukus beras yang ditos tadi separuh masak.
2. Angkat dan letak air biasa sambil kacau bagi sebati, pastu kukuskan balik. 
3. Dalam 10 15 minit tengok dah hampir nak masak, keluaran balik nasi tadi dan sebati dengan Santan pekat tadi. Bagi sekata + masukkan sekali halia, halba, bawang merah.
4. Kukus balik hingga masak.

Siap kukus boleh la dihidangkan..


Cara buat acar timun :

  • Lobak merah
  • Timun batang
  • Bawang merah
  • Garam
  • Gula
  • Cuka


Caranya hiris je nipis nipis sayur ni, sebelum tu boleh satukan garam,gula dan cuka. Rasa la nak masam ke manis sikit ke. Dah puas hati, campurkan bahan yang dihiris tadi bagi sebati.
Dah siap, boleh hidangkan sekali dengan nasi dan kuah tadi,


Ini la rupanya, siap terhidang dan ready untuk dingapppp! hihii
terliur tak?? Kalau terliur boleh la try buat yer. Baru puas hati. 


Dah try tu, share la yer hasil uols dengan Pijah. 
Continue Reading